Kini dibuka di 13 rangkaian stesen minyak Petronas terpilih, Café Mesra sudah boleh mula dikunjungi oleh orang ramai bagi mendapatkan pelbagai jenis hidangan sedia makan dan juga aneka jenis kopi.

Bagi yang tidak mengetahui, Café Mesra telahpun dibuka sejak awal Julai 2022 lagi yang mana ia merupakan penawaran baharu untuk sajian makanan dan minuman yang bukan pra-bungkus.

Membawakan konsep kafe sederhana dan ringkas, Café Mesra menyajikan pelbagai hidangan yang menepati citarasa ramai dibawah jenama SayHeart dan juga Fusion.

Membezakan kedua-dua jenama ini adalah SayHeart memfokuskan penawaran yang mementingkan kualiti kesihatan seperti Ayam Masak Merah berasaskan tumbuhan dengan nasi kobis, burger berasaskan tumbuhan tanpa gluten. Manakala Fusion pula memfokuskan kepada penawaran masakan panas seperti variasi pilihan nasi goreng.

Bagi anda yang ingin mencuba kesemua hidangan yang ditawarkan oleh Café Mesra, berikut adalah senarai lokasi yang boleh anda kunjungi bermula hari ini:

  • Petronas Alam Damai, Cheras
  • Petronas Ara Damansara
  • Petronas Bandar Baru Nilai
  • Petronas Batu 6, Jalan Ipoh
  • Petronas Glenmarie, TTDI Jaya
  • Petronas Kota Damansara 2
  • Petronas LDP Puchong Utama
  • Petronas NKVE Klang Bound
  • Petronas NPE Taman Desa
  • Petronas Puncak Alam
  • Petronas Persiaran Kayangan Shah Alam
  • Petronas USJ 1, Taman Subang Mewah
  • Petronas USJ 20

Menjelang akhir tahun 2022, Petronas menyatakan yang mana mereka bakal menambah lebih banyak lagi cawangan Café Mesra yang merangkumi kafe dan kiosk di seluruh Malaysia