llaollao ialah jenama francais yogurt beku Sepanyol yang diasaskan di Denia, Sepanyol. Ia menawarkan aiskrim yang diperbuat daripada susu skim dan digabungkan dengan pilihan topping yang variasi termasuk buah-buahan, bijirin dan juga pelbagai jenis sos.
Baru-baru ini, llaollao Malaysia telah mengambil peluang ini untuk melancarkan kedai mercu pertama mereka di Malaysia yang mana kedai ini terletak di P1, Lot 1.23.00 Pavilion KL.
Menurut llaollao, pelancaran dan pengenalan kedai ini bertujuan untuk mengembangkan lagi penawaran mereka di Malaysia selain turut ingin menjadi salah satu destinasi utama pelanggan yang berkunjung ke Pavillion KL.
Menjelang penghujung 2022, mereka dijangka akan memperluaskan lagi cawangan dan keberadaan mereka di 20 lokasi lain di seluruh Malaysia yang mana melaluinya ia akan memudahkan lagi akses kepada orang ramai untuk menikmati froyo kegemaran semua.
Selari dengan itu, jenama ini juga turut memperkenalkan barisan froyo delight baharu mereka iaitu:
- llaollao Brioche
- llaollao Brownies
- llaollao Frappe
- llaollao NEXT
Bagi anda yang ingin mencuba llaollao Brioche, ia merupakan menu istimewa llaollao. Berbeza dengan froyo sebelum ini, llaollao Brioche menggunakan roti brioche yang lembut dan di atasnya diletakkan yogurt sejuk beku dan digabungkan bersama dengan sos dan topping kegemaran anda.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk mendapatkan koleksi cenderahati (merchandise) pertama llaollao yang hadir dengan kombinasi warna hijau dan putih selari dengan identiti jenama mereka. Antara yang ditawarkan termasuklah beg tote llaollao Say My Name!, tumbler dan juga llaollao Tiny Tub Tee.
Menarik bukan? Jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman serba baharu di kedai mercu llaollao bermula hari ini di Pavillion KL dan cuba hidangan terbaharu daripada mereka.