Pernahkah anda mencuba servis Text & Collect oleh Sephora? Ia merupakan medium yang boleh anda gunakan untuk melakukan pesanan barangan di Sephora selain menerusi laman web ataupun aplikasi Sephora di iOS dan juga Android.

Melalui Sephora Text & Collect, anda boleh menyemak ketersediaan produk dan mula menempah item di kedai terus menggunakan telefon bimbit.

Bagaimana Untuk Menggunakan Sephora Text & Collect?

Mudah sahaja yang mana anda hanya perlu menghubungi Sephora di talian WhatsApp +6012 657 4313 dan selepas itu anda boleh terus mula menempah barang dan mengambilnya dari kedai pilihan anda.

Tiada sebarang caj akan dikenakan sekiranya anda menggunakan servis Text & Collect kerana Sephora hanya akan menghantar bil untuk barangan anda semasa kutipan sahaja.

Menurut Sephora, servis Text & Collect boleh didapati di semua Kedai Sephora Malaysia. Sebaik sahaja pesanan anda telah disahkan, Sephora akan menghantar mesej pengesahan tempahan dengan nombor tiket yang unik.

Dari segi waktu pengambilan pula, barangan yang ditempah akan sedia untuk diambil 2 jam selepas tempahan anda disahkan. Sewaktu mengunjungi kedai Sephora yang ditetapkan bagi tujuan pengambilan barangan, tunjukkan mesej tempahan supaya mereka boleh mendapatkan barangan yang dipesan dan anda boleh terus ke juruwang untuk membuat pembayaran.