Bersempena Hari Kemerdekaan 2022, IKEA Malaysia tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan ini dengan menampilkan beberapa juadah kegemaran tempatan yang enak.

Untuk tidak ketinggalan, jangan lupa untuk kunjungi cawangan IKEA berdekatan anda sama ada di Damansara, Cheras, Tebrau dan juga Batu Kawan dan penuhi selera anda dengan pelbagai hidangan citarasa tempatan bermula 1 Ogos hingga 30 September 2022.

Antara yang disajikan di Restoran Sweden IKEA termasuklah Rendang Bebola Daging yang buat julung kalinya diperkenalkan pada harga hanya RM16.50 untuk 16 biji. Hidangan ini mengadunkan kelazatan tekstur dan aroma wangi seakan rendang asli yang mana ia kesemuanya disebatikan di dalam bebola daging IKEA.

Sementara untuk manisan pula, IKEA menyajikan kembali kek Ondeh Ondeh IKEA yang digemari ramai pada harga hanya RM6.50 sepotong. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Merdeka IKEA, anda boleh layari laman rasmi IKEA bermula hari ini.