Technogym kini melancarkan rangkaian terbaharu peralatan kecergasan rumah yang dikenali sebagai Technogym Ride.

Menurut jenama kesihatan mewah dari Itali ini, Technogym Ride dihasilkan bagi menggabungkan keanggunan reka bentuk dan teknologi bagi mencipta pengalaman latihan yang menarik sewaktu berada di rumah.

Sebelum ini, Technogym ditawarkan secara komersial di kebanyakan hotel, gim, hospital dan juga pejabat korporat. Namun, disebabkan oleh pandemik, pengguna telah sedar akan keperluan peralatan senaman peribadi dan cara yang sesuai untuk bersenam di rumah mereka.

Oleh itu, dengan adanya rangkaian peralatan senaman baharu Technogym Ride untuk rumah, ia sedikit sebanyak akan memberikan rakyat Malaysia pengalaman premium sewaktu bersenam di samping menggabungkan falsafah reka bentuk inovatif dan juga keperluan individu.

Memfokuskan kepada tempat senaman yang paling eksklusif dan bergaya, Technogym Ride adalah basikal all-in-one pertama yang membolehkan pengguna menyelami pengalaman bersenam yang dilengkapi teknologi terbaharu.

Ia hadir dengan konsol 22 inci yang membolehkan pengguna untuk akses terus kepada aplikasi yang paling disukai seperti Zwift, Strava, Rouvy, Kinomap, Bkool dan TrainingPeaks. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan ciri log masuk tunggal yang memudahkan pengguna untuk menambah akaun sekali sahaja bagi mengakses hiburan kegemaran mereka, seperti Netflix dan Eurosport di Technogym Live.

Tidak hanya itu, Technogym juga menampilkan Technogym Ecosystem. Ia adalah platform bersepadu pertama yang dilengkapi variasi program kesihatan dan latihan yang boleh diakses terus pada peralatan pintar Technogym serta peranti peribadi anda.

Sebagai tambahan kepada katalog Technogym juga, ia turut hadir dengan siri produk lain yang membantu anda mencipta keseluruhan gim di rumah atau menyepadukan peralatan pilihan ke dalam mana-mana ruang rumah, sama ada ruang tamu atau bilik tidur .

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian produk dan perkhidmatan Technogym, layari laman web mereka di technogym.com/my , atau terokai bilik pameran Technogym yang terletak di Technogym Experience Centre, No. 69 Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.