Carian
Kajian Dedah Pengambilan Makanan Ultraproses Terlalu Kerap Punca Individu Sukar Untuk Proses Maklumat
August 3, 2022 Lina Rosli

Tahukah anda bahawa pengambilan makanan ultraproses sekitar 25% daripada pengambilan kalori harian setiap hari boleh membawa ke arah penurunan kognitif?

Perkara ini dirujuk dalam laporan Persidangan Antarabangsa Persatuan Alzheimer 2022 di San Diego, di Brazil, makanan ultraproses membentuk 25% hingga 30% daripada jumlah pengambilan kalori. Ini termasuk jika anda memesan McDonald’s ataupun Burger King dan

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh seorang profesor neurologi di Harvard Medical School, beliau mendedahkan bahawa makan terlalu kerap dan banyak makanan ultraproses boleh mengakibatkan kesan kepada kawasan otak yang terlibat dalam fungsi eksekutif yang mana individu berisiko mengalami kesukaran dalam memproses maklumat dan membuat keputusan.

Dalam perbandingan yang dilaksanakan antara individu yang mengambil makanan ultraproses dan yang sebaliknya, ia menunjukkan kadar penurunan kognitif global 28% lebih cepat dalam kalangan lelaki dan perempuan yang menghidangkan makanan seperti sosej, burger, kentang goreng, soda, biskut, kek dan ais krim.

Sementara, fungsi eksekutif pula menurun sebanyak 25% lebih cepat berbanding dengan orang yang makan paling sedikit makanan yang diproses.

Tidak dinafikan bahawa makanan ultraproses telah menjadikan hidup kita lebih mudah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran sos pasta sedia masak, patti daging beku, nuget dan sebagainya yang membolehkan individu menikmati makanan kurang dari 10 minit tempoh memasak.

Namun, jika ia diambil terlalu kerap dalam kuantiti yang banyak, ia cenderung memberikan kesan yang negatif ke atas kesihatan. Hal ini kerana, kesemua makanan ini sangat tinggi dalam gula, garam dan lemak yang akan mencetuskan keradangan sistemik atau mungkin ancaman paling utama kepada penuaan yang sihat dalam badan dan otak.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menggantikan makanan ultraproses ini kepada makanan yang lebih tinggi nutrien atau anda juga boleh mula menikmati makanan yang tinggi serat bagi mengekalkan kesihatan dan keseimbangan trilion bakteria dalam mikrobiom usus anda.

Komen