Sudah hampir 26 tahun IKEA di Malaysia, yang mana jenama ini dilihat telahpun menawarkan pelbagai kemudahan dan keperluan kepada rakyat Malaysia.

Tidak hanya tertumpu kepada jualan barangan rumah, IKEA turut hadir dengan beberapa servis lain yang boleh anda dapatkan termasuklah penawaran pemasangan barangan perabot, konsultansi dan banyak lagi.

Dengan ini, IKEA telah menjadi pusat rujukan bagi kebanyakan individu yang berminat untuk menambahbaik susun atur ruangan di rumah. Oleh itu, sempena Hari Kemerdekaan ke-65, IKEA Malaysia berbesar hati untuk memeriahkan sambutan bermakna ini dengan menyajikan beberapa tawaran hebat bagi menyemarakkan semangat rakyat Malaysia.

Jangan ketinggalan untuk mengunjungi keempat-empat gedung IKEA dan anda boleh menikmati promosi meriah untuk produk kelengkapan rumah yang berkualiti selain turut menampilkan rela bentuk menarik dan juga lestari.

Bermula dari 1 hingga 24 Ogos 2022, diskaun lebih daripada 65% akan diberikan untuk produk terpilih. Promosi ini merupakan antara potongan harga terbesar pernah ditawarkan oleh IKEA.

Dengan harga berpatutun, rakyat Malaysia berpeluang menikmati penjimatan bagi pelbagai jenis perabot serta keperluan rumah harian, termasuklah rangka katil, tekstil dan rangkaian pencahayaan.