Susu adalah sumber vitamin dan mineral yang sangat baik, terutamanya kalsium. Ia mempunyai peranan penting dalam kesihatan tulang. Pakar pemakanan mengesyorkan agar orang ramai mengambil susu dan produk tenusu lain, seperti yogurt dan keju, setiap hari sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Apabila berbicara mengenai nutrien dalam susu, produk tenusu ini mempunyai keseimbangan protein, lemak dan karbohidrat yang baik dan merupakan sumber nutrien penting yang sangat penting, termasuk:

  • kalsium
  • riboflavin
  • fosforus
  • vitamin A dan B12
  • potasium
  • magnesium
  • zink
  • iodin

Malah, di dalamnya juga terkandung ‘protein berkualiti tinggi’ yang sangat sesuai dengan keperluan manusia. Contohnya, gabungan susu dengan bijirin boleh memberikan asid amino yang mungkin tidak mencukupi dalam produk bijirin.

Selain daripada susu berasaskan tenusu, terdapat juga beberapa alternatif lain yang boleh anda peroleh seperti susu badam dan susu soya. Dan yang terbaru, tahukah anda terdapat beberapa pilihan susu berasaskan tumbuhan yang lain yang turut ditawarkan di pasaran?

Susu Pistachio

Walaupun secara umumnya, pistachio dikenali dengan warna hijau, namun untuk susu ia tidak hadir dengan warna yang ramai maklum. Sebaliknya, ia hadir dengan rupa dan warna susu yang lebih kepada warna coklat.

Antara manfaat susu pistachio ialah kandungan proteinnya yang sedikit lebih tinggi berbanding susu tumbuhan lain. Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai kadar kepadatan nutrien yang tinggi dan hanya menawarkan sebilangan kecil serat, protein dan lemak tak tepu.

Susu Kacang

Jenis susu ini mempunyai warna, rasa dan konsistensi berkrimnya yang hampir sama dengan tenusu, jadi anda mungkin akan mendapati perbezaan yang sedikit ketara berbanding susu berasaskan tumbuhan yang lain kerana ia mempunyai tekstur yang lebih cair dan berair.

Selain itu, susu kacang merupakan susu dengan penawaran protein yang baik yang mana ia sekurang-kurangnya mempunyai sekitar 7 gram protein bagi setiap hidangan dan setiap hidangan menambah sehingga kira-kira 100 kalori. Dari segi penyediaan dan proses pengeluaran pula, susu kacang memerlukan kuantiti air yang sedikit berbanding susu tumbuhan lain, dan mempunyai jejak karbon yang lebih kecil daripada tenusu.

Susu Kentang

Rupa dan tekstur susu kentang kelihatan lebih seperti susu tenusu biasa berbanding susu tumbuhan lain kerana sifat berkanji kentang. Ia boleh dikatakan susu tumbuhan yang paling mementingkan eko kerana kaedah penjagaan ubi kentang yang memerlukan lebih sedikit tanah dan air daripada tenusu dan tumbuhan lain.

Dari segi nutrien pula, susu kentang bebas daripada laktosa dan gluten, menjadikannya pilihan yang menarik untuk individu yang mengalami alahan. Ia juga diperkaya dengan kalsium, vitamin D, vitamin B12, riboflavin dan asid folik, yang memenuhi keperluan tubuh lebih-lebih lagi untuk susu tanpa tenusu.

Apakah susu berasaskan tumbuhan yang terbaik untuk anda?

Secara umumnya, kebanyakan susu berasaskan tumbuhan di pasaran tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Namun, terdapat kandungan di dalamnya yang mungkin memberikan kelebihan kepada keperluan anda sama ada dari sudut sistem pencernaan tubuh ataupun cita rasa peribadi.

Sekiranya anda mengalami masalah penghadaman, antara alternatif atau pilihan yang boleh anda dapatkan adalah jenis susu yang mempunyai rendah laktosa atau gula. Hal ini kerana, untuk individu yang mempunyai daya intoleransi laktosa atau kepekaan laktosa yang rendah, badan mungkin tidak dapat memecahkan dan mencerna laktosa, gula dalam susu. Dan ia sekaligus akan menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit-birit, angin dan juga kembung perut.

Manakala untuk individu yang mementingkan rasa yang enak pula, jenis susu seperti susu badam adalah yang paling sesuai. Susu badam agak tinggi dalam karbohidrat tetapi rendah lemak, protein, dan nutrien lain sekaligus menjadikannya antara susu yang digemari individu. Semasa pemprosesan, karbohidrat dibahagikan kepada gula dan perkara ini memberikan susu badam rasa manis yang biasanya tanpa sebarang gula tambahan.