Apabila bercakap tentang ruang penting dalam rumah, anda mungkin cenderung untuk memikirkan meja kerja anda, ruang tamu, atau ruang aktiviti adalah bahagian rumah yang paling penting untuk anda.
Namun, tahukah anda sebenarnya, ruang utama yang perlu anda ambil berat ialah tempat anda menghabiskan masa malam anda iaitu bilik tidur.
Apabila kita menjalani kehidupan yang semakin sibuk dalam era digital, keperluan untuk tidur yang berkualiti adalah sangat diperlukan bagi mengurangkan komplikasi pada tubuh.
Berehat dengan baik telah terbukti dapat meningkatkan sistem imunisasi, meningkatkan kesihatan mental, dan juga menggalakkan penurunan berat badan. Dan apabila anda memenuhi segala keperluan ini, ia akan membawa anda ke arah yang lebih baik seperti membantu memastikan diri lebih fokus, produktif dan cergas secara fizikal pada siang hari.
Walaupun terdapat banyak faktor yang berpotensi mempengaruhi tidur seseorang selain daripada tekanan ataupun keadaan tertentu di dalam bilik seperti tahap kecerahan kepada suhu dan kelembapan yang memberi impak kepada kualiti tidur. Tetapi perkara yang paling sering dilupai individu adalah katil tidur mereka sendiri.

Seperti yang anda sedia maklum, katil memainkan peranan penting dalam memastikan anda bangun dengan baik dan berehat sepenuhnya. Namun, jangan anda lupa bahawa cadar juga turut menyumbang kepada kualiti tidur yang baik, dan berikut ialah cara untuk memilih yang sesuai untuk anda.
Jumlah Benang Cadar: Mitos Atau Fakta?
Pernahkah anda pergi ke pusat membeli-belah dan mencari variasi cadar dengan tawaran jumlah benang yang tinggi?
Ramai yang beranggapan bahawa semakain tinggi jumlah benang, semakin baik hasil produk. Namun, hakikat sebenarnya tidak.
Kiraan benang cadar lazimnya diiklankan di mana-mana dalam lingkungan sekitar 200 hingga 800, dan terdapat juga jenama lain yang turut hadir dengan jumlah yang melebihi 1,000. Dan tahukah anda yang mana ‘kiraan benang’ tersebut merujuk kepada bilangan benang mendatar dan menegak yang ditenun bersama setiap inci persegi.

Oleh itu, semakin banyak kiraan benang, ia boleh menyebabkan helaian cadar menjadi lebih berat dan tenunan juga akan semakin rapat. Apabila sedemikian, cadar tersebut menjadi tidak sesuai untuk digunakan untuk cuaca di Malaysia kerana benang yang rapat akan mengeluarkan haba yang lebih banyak berbanding jumlah benang yang sedikit.
Menurut pakar, jumlah benang yang paling bersesuaian adalah sekitar 300 hingga 500, tanpa mengira bahan. Keseimbangan sempurna antara integriti struktur dan keselesaan lembut, ia adalah penanda cadar yang sangat bagus sekaligus memberikan hasil fabrik yang terasa haus dan selesa walaupun selepas bertahun-tahun mencuci.
Keajaiban Bahan Pembuat Cadar
Tidak lengkap cadar tanpa kehadiran bahan yang berkualiti. Walaupun jumlah benang boleh memainkan peranan dalam membantu anda memilih cadar yang betul, ia sama sekali tidak akan menjejaskan keputusan anda jika bahan yang digunakan adalah kasar dan tidak selesa apabila bersentuhan dengan kulit.
Jadinya, bahan cadar juga penting dalam memastikan kualiti cadar berada pada tahap tertinggi. Di Malaysia, rata-rata cadar diperbuat daripada jenis kapas dan juga linen. Faktor penggunaan bahan ini mungkin disebabkan oleh ianya dijual pada harga yang lebih berpatutan selain turut berpadanan dengan iklim kita yang hangat.
Apa yang membezakan mereka terletak pada butiran terperinci. Linen, diperbuat daripada batang rami, lebih lembut dan lebih jarak. Sementara itu, kapas berkualiti biasanya dibahagikan kepada dua jenis berbeza iaitu percale, bahan yang sejuk dan ringan sementara sateen pula kain sutera yang lebih berat dan mempunyai kilauan licin yang menyerupai satin.
Terdapat juga cadar kapas jenis ruji panjang khusus yang turut mula ditawarkan di pasaran seperti kapas Mesir, Pima atau Supima.

Selain daripada dua bahan utama, industri pengeluaran cadar juga turut bereksperimen dengan beberapa alternatif lain termasuk penggunaan fabrik mesra alam iaitu Tencel. Ia merupakan alternatif mesra alam baharu yang semakin popular di kalangan pakar skap katil dan pengeluar cadar.
Sejenis lyocell atau rayon, tencel mempunyai tekstur yang sangat lembut dan ringan untuk disentuh, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan kapas. Malah, ia turut berupaya menyerap lembapan yang bermaksud ia boleh mengeluarkan peluh dari kulit anda untuk tidur yang lebih sejuk.
Kelebihan tencel adalah penciptaan lestarinya yang mana ia diperoleh daripada pulpa kayu pokok kayu putih yang boleh diperbaharui melalui proses gelung tertutup dan sisa rendah.

Jadi, Mana Satu Patut Saya Pilih?
Dengan pelbagai jenis bahan yang terdapat di pasaran, rakyat Malaysia pastinya dimanjakan dengan pilihan. Mengambil kira iklim panas dan lembap, Tencel adalah jenis fabrik untuk cadar yang perlu anda cuba.
Kehadiran tencel di pasaran telah mengetepikan persaingannya sebagai bahan pilihan. Ia mempunyai semua kelembutan dan kelegaan yang diharapkan daripada cadar, selain turut menyedut kelembapan dan menghalang pengumpulan bahan pada cadar anda dari masa ke masa menjadikannya bahan yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif atau yang paling penting, ia menjadikan hari malam anda lebih sejuk dan selesa sepanjang berada di katil.
Artikel ini disumbangkan oleh Lee Jia Wei, pengasas GAIAS Home