Baru-baru ini, Polylab Biotech yang merupakan sebuah syarikat kesihatan pengguna Malaysia telah hadir dengan satu rangkaian makanan tambahan berasaskan tumbuhan iaitu Seaforest.

Seaforest dihasilkan menggunakan 100% bahan semula jadi serta berkualiti tinggi. Memfokuskan kepada produk yang menggabungkan sains dan tradisi, Polylab Biotech menampilkan suplemen yang dapat memberikan kesan yang positif tidak kira kepada manusia, dan juga alam sekitar.

Menurut Polylab Biotech, rangkaian suplemen Seaforest ditawarkan sesuai dengan individu masa kini yang mungkin tercari-cari makanan tambahan bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh. Diperbuat daripada bahan yang mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga dihasilkan langsung dari kilang tempatan, Seaforest menampilkan 4 pilihan produk iaitu:

  • Organic Mushroom Complex – Wellness Supplement
  • Organic Golden Turmeric – Wellness Supplement
  • Inner Bloom – Herbal Tea Blend
  • Sweet Spot – Herbal Tea Blend

Mengulas serba sedikit tentang Organic Mushroom Complex, ia adalah suplemen berbentuk kapsul yang dipercayai memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional China kerana ia berfungsi dalam menguatkan sistem imunisasi. Mengandungi lebih daripada 3 jenis cendawan termasuk maitake, reishi, shiitake dan chaga, kajian mendapati bahawa kesemuanya bertindak baik ke atas tubuh dengan menawarkan kepekatan beta-glukan yang lebih tinggi selain turut mempunyai ciri antitumor dan anti-osteoporotik dalam ujian klinikal.

Manakala Inner Bloom dan Sweet Spot pula adalah suplemen jenis teh yang mengandungi herba yang dipilih dengan teliti bagi menyokong proses detoksifikasi dan penghadaman semulajadi badan serta menggalakkan pengurusan berat badan yang sihat. Kedua-duanya mempunyai campuran yang tersendiri dalam memastikan ia memenuhi citarasa individu sewaktu menikmatinya sebelum tidur.

Dari segi pek pembungkusan, Seaforest menggunakan botol yang diperbuat daripada 100% plastik yang digunakan semula bagi mengurangkan kesan pencemaran kepada alam sekitar. Manakala untuk kapsulnya pula, ia diperbuat daripada pullulan organik iaitu gelatin yang diperbuat daripada ubi kayu yang disahkan vegan dan bukan GMO.

Selain itu, Pembungkusan teh Seaforest diperbuat daripada kertas yang diperakui Forest Stewardship Council (FSC) dan dicetak dengan dakwat berasaskan soya untuk memudahkan kitar semula. Bagi anda yang ingin mula mendapatkannya, anda boleh layari laman rasmi Seaforest bermula hari ini.