Fenty ialah sebuah rumah fesyen yang diasaskan oleh Rihanna di bawah kumpulan fesyen mewah LVMH Ia diasaskan pada 2017 dan dilancarkan pada Mei 2019 menerusi jenama Fenty Beauty.
Dibawah jenama Fenty Beauty, terdapat pelbagai variasi produk yang ditawarkan dan antara yang mendapat sambutan hangat termasuklah gincu, pemerah pipi, bedak asas dan banyak lagi.
Selain Fenty Beauty, Rihanna juga turut hadir dengan satu lagi jenama dibawah Fenty yang dikenali sebagai Fenty Skin. Menurut beliau, Fenty Skin adalah jenama yang dilancarkan untuk menawarkan rutin penjagaan kulit yang mudah dan praktikal tanpa perlu membawa botol produk yang banyak.
Dan tidak terhenti di Fenty Beauty dan Fenty Skin, rumah fesyen ini nampaknya bakal menampilkan sebuah lagi jenama baharu yang dikenali sebagai Fenty Hair.
Berdasarkan perkongsian Fenty, mereka telahpun memfailkan tanda dagangan untuk Fenty Hair sudah hampir lebih setahun. Dalam masa terdekat, pelanggan boleh menjangkan untuk melihat banyak aksesori yang datang dari Fenty Hair.
Jika dilihat pada perkongsian akaun Instagram Fenty, mereka telah menyenaraikan barret, scrunchies, rambut palsu, extension, pengerinting rambut, berus dan juga sikat yang berbeza sebagai sebahagian daripada pelancaran.
Berbeza dengan jenama penjagaan rambut selebriti yang lain, nampaknya Fenty Hair bakal hadir dengan sedikit kelainan yang tidak hanya memfokuskan kepada produk rutin biasa, tetapi merangkumi seluruh ekosistem untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat.