Carian
Balenciaga Hadir Dengan ‘Trash Pouch’ Yang Diilhamkan Dari Beg Sampah – Harga Sekitar RM8,000
August 5, 2022 Lina Rosli

Membawa inovasi fesyen ke tahap yang lebih tinggi, Balenciaga dilihat memperkenalkan sebuah produk yang mendapat perhatian ramai yang iaitu Trash Pouch.

Berdasarkan perkongsian, Trash Pouch atau beg sampah ini mula diperkenalkan sewaktu pertunjukan Paris Fashion Week Balenciaga pada Mac 2022 menerusi akaun Instagram selebriti global terkenal Kim Kardashion.

Di dalam video yang dikongsikan Kim, dia menyatakan bahawa beg sampah tersebut merupakan beg sampah paling mahal yang pernah diterimanya yang mana ia dijuala pada nilai $1,790 iaitu sekitar ~RM7,977.85.

Dari segi rekaan, Trash Pouch ini diperbuat daripada kulit berkilat menggantikan plastik biasa dan tersedia dalam warna hitam, putih, kuning dan biru. Melengkapkannya adalah tali guni yang menampilkan teks ikonik Balenciaga. Manakala pada bahagian bawah beg pula memperlihatkan cop yang menandakan beg tersebut dibuat asli di Itali.

Komen