Bagi anda yang gemar memesan hidangan di McDonald’s menerusi ciri Pesan & Ambil di aplikasi mereka, terkini mereka telahpun menambah dua lagi sokongan pembayaran iaitu menerusi dompet digital Boost dan juga perbankan internet.
Sebelum ini, aplikasi tersebut hanya menerima pembayaran menggunakan transaksi kad debit atau kredit sahaja. Jadinya, dengan penambahan dua pilihan sokongan pembayaran ini, pengguna mempunyai alternatif yang lebih luas untuk melakukan transaksi secara nirtunai.


Selain daripada sokongan ini, anda turut boleh menebus pelbagai ganjaran menarik dengan hanya mengumpul mata ganjaran bagi setiap transaksi yang dibuat.
Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, anda akan menerima 10 mata ganjaran. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu menunjukkan kod QR unik pada juruwang McD untuk diimbas sekiranya anda membuat pesanan di kaunter. Sementara untuk pesanan menggunakan ciri Pesan & Ambil pula, ganjaran akan terus ditambah ke dalam akaun tanpa perlu mengimbas kod QR.