Bersempena Sambutan Hari Merdeka yang bakal tiba, Tanamera hadir dengan sebuah aktiviti bagi menghasilkan pengalaman kecantikan deria unik yang dikenali sebagai Campur2 oleh Tanamera.

Melalui aktiviti Campur2, pelanggan dialu-alukan untuk memilih skrub, minyak urut dan minyak pati yang dihasilkan daripada bahan tropika semula jadi dan mentah untuk digunakan dalam produk kecantikan mereka.

Untuk makluman anda, Campur2 oleh Tanamera ini dianjurkan untuk mendidik pelanggan tentang kebaikan setiap bahan dan dengan itu, mereka akan dapat menyentuh tekstur dan menghidu bahan sebelum membelinya. Selain itu juga, pelanggan turut dapat mengabungkan bahan yang sesuai untuk jenis kulit mereka sekaligus mengoptimumkan rutin penjagaan kulit mereka. 

Di tambah lagi dengan bimbingan dari Tanamera, pelanggan memperoleh pengetahuan akan faedah dan penggunaan setiap bahan bersama-sama dengan cadangan yang diperibadikan. Antara akses bahan yang ditawarkan termasukla Teh Hijau, Kopi Hijau, Bunga Raya, Halia, Arang Buluh, Lidah Buaya, Eucalyptus, Pudina, Lavender, Melur, Mawar dan Ylang-ylang.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba Campur2 oleh Tanamera, pengalaman ini boleh dinikmati di semua butik Tanamera. Dan selari dengan itu, Tanamera dan hétam turut bekerjasama menghasilkan minuman istimewa buat pelanggan untuk tempoh yang terhad iaitu mulai 6 sehingga 7 Ogos 2022 sahaja di kafe hétam di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kerjasama ini bertujuan untuk saling melengkapi pengalaman deria pelanggan di mana mereka dapat menyelami sepenuhnya konsep Campur2 oleh Tanamera melalui tiga daripada lima deria: sentuhan, bau, dan rasa apabila menikmati minuman istimewa oleh hétam.