Setelah hampir 5 bulan menghadapi masalah bekalan kentang, McDonald’s kini telah mengembalikan semula set hidangan bersaiz besar kepada pengguna tanpa perlu menukar sajian kentang goreng kepada pilihan alternatif lain iaitu Sundae atau Apple Pie.

Sebelum ini, McDonald’s telah mengeluarkan kenyataan yang mana mereka tidak lagi menawarkan kentang goreng sebagai sajian wajib untuk hidangan Medium McValue Meal. Pelanggan dikehendaki menukar sajian tersebut kepada mana-mana pilihan yang lain bergantung kepada baki bekalan semasa.

Namun kini, semuanya telah kembali. Menerusi video yang dikongsikan McDonald’s di laman Instagram, set hidangan Large McValue Meal telah mula ditawarkan semula di seluruh Malaysia dan anda boleh kunjungi rangkaian berdekatan untuk terus memesannya.

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan ketinggalan untuk dapatkan set hidangan kegemaran anda di McDonald’s dan pastikan untuk pesan saiz hidangan besar bagi menikmati lebih kegembiraan tanpa sebarang had.