GoCar Malaysia mengumumkan kolaborasi dengan Green EV Charge sebuah syarikat kerjasama di antara Yinson Green Technologies (M) Sdn Bhd dan GreenTech Malaysia Alliances Sdn. Bhd dalam meningkatkan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara.
Menerusi kerjasama ini, GoCar merancang untuk mengintegrasikan platform mudah alih chargEV pada aplikasi GoCar. Dengan ini, ahli GoCar dan pengguna EV lain dapat mengakses lebih mudah kedua-dua fungsi serentak tanpa perlu menukar platform.

Untuk pengetahuan anda, chargEV telahpun mempunyai lebih 400 stesen di seluruh negara yang menjadikannya sebagai rangkaian pengecasan EV terbesar di Malaysia.
Jadinya, dengan penambahan platform chargEV dalam aplikasi GoCar, ia bukan sahaja menjadikan ekosistem EV lebih lengkap tetapi juga memudahkan individu untuk mengetahui segala maklumat mengenai EV hanya pada satu aplikasi sahaja.
Setakat ini, integrasi tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat yang mana pada fasa pertama, pengguna aplikasi GoCar boleh menerokai lokasi, kebolehdapatan dan jenis pengecas dalam rangkaian chargEV yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Sementara di fasa seterusnya pula, mereka akan menambah beberapa fungsi lain termasuk pra-tempahan pengecas EV, menjadualkan pengecasan, membuat pembayaran dan memantau proses mengecas.

Di GoCar, mereka telahpun menawarkan beberapa pilihan model kenderaan EV atau dikenali sebagai GoEV. Ia merangkumi model-model seperti Nissan Leaf, Hyundai Kona E-Max dan E-Lite dan GoCar menyasarkan untuk menambah lebih 100 unit EV menjelang akhir tahun 2022.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba GoEV, mereka hadir dengan pakej tempahan EV selama sejam, sehari atau sebulan. Dan jika anda ingin menggunakannya untuk tempoh yang lebih panjang, GoEV turut menawarkan pakej tahunan yang boleh mencapai tempoh setahun hingga tiga tahun.
Untuk mendaftar keahlian GoCar dan menikmati pengalaman memandu sebuah EV yang lestari tetapi berkuasa, anda boleh mula muat turun aplikasi mudah alih GoCar di sini.
Maklumat lanjut mengenai GoCar, layari laman web https://hi.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter e GoCar Malaysia.