Pada Jun 2022 yang lepas, Growthwell Foods dan Country Farms Group telahpun mengumumkan usaha sama untuk pengedaran eksklusif produk berasaskan tumbuhan HAPPIEE! di Semenanjung Malaysia.
Dan kini, jenama ini telahpun rasmi ditawarkan di pasar raya AEON terpilih di seluruh negara dan akan tersedia di lebih banyak peruncit, restoran dan kedai makan di seluruh Malaysia menjelang suku ke-4 2022.

Dengan kehadiran jenama HAPPIEE! ini, nampaknya anda akan mempunyai lebih banyak pilihan sekiranya ingin mendapatkan produk berasaskan tumbuhan di pasaran. Antara produk yang boleh anda dapatkan termasuklah:
- HAPPIEE!™ Chickiee Nuggets, RM24.90
- HAPPIEE!™ Chickiee Popcorn, RM24.90
- HAPPIEE!™ Fishiee Sticks, RM24.90
- HAPPIEE!™ Fishiee Patties, RM15.90

Selari dengan perubahan tabiat pemakanan rakyat Malaysia, Country Farm Organics Sdn. Bhd. turut akan bekerjasama dengan beberapa restoran dan kedai makan ikonik di rantau ini untuk melancarkan hidangan-hidangan istimewa yang dihasilkan daripada produk-produk makanan berasaskan tumbuhan HAPPIEE!.
Hal ini kerana, rata-rata individu telahpun celik dengan penawaran produk berasaskan tumbuhan dan mula memilih diet veganisme, vegetarianisme atau fleksitarian bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan. Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lupa untuk dapatkan rangkaian produk berasaskan tumbuhan dari HAPPIEE! bermula hari ini.