Salah satu francais restoran makanan segera terbesar di Malaysia, KFC telah mula menerima pembayaran menggunakan Apple Pay.
Melalui perkongsian Instagram Stories KFC, syarikat ini mengesahkan yang mana pengguna boleh mula melakukan transaksi pembayaran secara nirtunai terus pada peranti pintar Apple untuk setiap hidangan yang dipesan sama ada di kaunter ataupun di kiosk Pesan & Ambil.

Bagi anda yang ingin menggunakan ciri pembayaran pintar ini, jangan lupa untuk mula aktifkan ciri Apple Pay pada peranti iPhone, Apple Watch serta peranti Apple lain milik anda.
Bagaimana untuk mengaktifkannya? Anda hanya perlu pautkan kad kredit atau debit ke akaun Apple Wallet, dan seterusnya tunggu sehingga kad bank anda disahkan sebelum anda boleh mula membayar menggunakan sentuhan peranti ke terminal.