Carian
Tahukah Anda Bahawa Hati Udang Berada Di Kepalanya?
August 10, 2022 Lina Rosli

Pernahkah anda tertanya-tanya, adakah udang mempunyai hati sama seperti hidupan yang lain? Jika ya, tahukah anda di manakah terletaknya jantung udang?

Untuk pengetahuan anda, hati udang terletak di bahagian sekitar kepalanya iaitu di kawasan thorax yang mana bahagian ini adalah hanya selepas kepala dan ditutup sepenuhnya dengan satu exoskeloton. Disebabkan itu, rata-rata individu sering menganggap hati udang terletak di bahagian kepalanya dan bukannya di bahagian badan seperti haiwan lain.

Udang adalah haiwan akuatik yang sangat popular sebagai hidangan berkuah mahupun kering dan adakalanya ia turut dijadikan sebagai perencah hidangan yang menambah rasa lebih melazatkan. Tidak hanya boleh didapati di laut air masin, udang juga turut boleh dijumpai di dalam air tawar.

Secara umum, kita melihat udang hanya terbahagi kepada 2 bahagian, kepala dan ekor. Dari segi bentuk tubuh, udang mempunyai sepuluh kaki dan tidak mempunyai tulang belakang. Jadinya, yang menyokong bentuk udang hanyalah exoskeleton yang memberikan perlindungan dan struktur untuk badan mereka.

Oleh itu, mempunyai organ yang terletak di kepala sebenarnya memberikan udang lebih berfaedah dan lebih selamat. Hal ini kerana, kepala (bahagian kepala) ditutup dengan bahan pelindung yang tebal. Lebih selamat untuk melindungi organ dalaman mereka.

Komen