Pengenalan peranti boleh-lipat kini dilihat telah mengubah persepsi ramai individu dalam memilih peranti pintar yang ingin digunakan tidak kira sama ada bagi tujuan produktiviti, komunikasi, kreativiti dan banyak lagi.
Hal ini kerana, dengan hadirnya semua kemudahan terus pada satu peranti, ia bukan sahaja memberi kepuasan sewaktu melaksanakan kerja dan tugasan, tetapi juga menambah nilai penting iaitu fleksibiliti yang perlu ada pada setiap telefon pintar.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai penawaran menarik telahpun ditampilkan oleh Samsung pada acara Unpacked sebelum ini. Ia termasuk penarafan IPX8 pada peranti boleh-lipat mereka yang mana kehadirannya telah menjadikan Samsung sebagai jenama peranti lipat pertama di dunia yang mempunyai ketahanan terhadap air.

Oleh itu, pada acara Unpacked 2022 pada Ogos ini, Samsung tidak ketinggalan dalam menambahbaik kesemua peranti mereka. Untuk mengetahui apakah inovasi yang ditampilkan oleh Samsung pada kedua-dua Samsung Galaxy Flip4 dan Fold4, Tajria akan berkongsikan kepada anda senarai kemaskini yang ditawarkan oleh Samsung untuk pada acara kali ini.
Penawaran Model Bespoke
Tahun ini merupakan kali pertama Samsung menawarkan penawaran model Bespoke kepada pengguna yang mana menawarkan sekitar 75 kombinasi warna yang boleh disesuaikan dengan gaya anda.

Menurut Samsung, pengguna boleh memilih satu daripada lima kombinasi warna untuk panel atas dan juga bawah selain turut hadir dengan 3 pilihan warna untuk engsel dan juga bingkai. Dan warna yang ditawarkan termasuklah biru, putih, hijau, kuning dan merah yang hadir eksklusif untuk peranti Samsung Z Flip4.
Engsel Nipis Dan Rekaan Yang Rata
Jika anda pernah melihat model Z Flip3 sebelum ini, Samsung nampaknya membawakan sedikit perubahan pada bahagian engsel dan binaan peranti yang mana ia hadir dengan engsel yang lebih nipis dan rekaan peranti yang lebih rata. Ini sekaligus membuatkan tangan rasa lebih selesa sewaktu memakai dan memegangnya di tangan.

Tambahan lagi, Samsung turut membawakan kemasan yang kurang berkilau berbanding tahun lalu yang mana ia menjadikan Samsung Galaxy Z Flip4 kelihatan lebih moden selain turut mengurang risiko peranti tampak kotor lebih cepat.
Sementara untuk Z Fold4 pula, model kali ini membawakan binaan yang lebih ringan dan kecil yang menjadikan berat peranti hanya sekitar 263g sahaja.
Sensor Kamera Yang Lebih Baik
Seterusnya untuk kamera pula, sedikit penambahbaikan telah ditawarkan oleh Samsung yang mana untuk model Z Flip4 yang mana mereka kini menggunakan sensor yang lebih besar yang mana sesuai untuk penggambaran nightography untuk hasil rakaman gambar yang lebih terang.
Walau bagaimanapun, spesifikasi lensa yang diberikan masih lagi sama seperti model Z Flip3 iaitu kamera utama 12-megapixel + 12-megapixel. Manakala untuk kamera swafoto pula menampilkan lensa 10-megapixel.

Untuk Samsung Z Fold4 pula, Samsung telah mempertingkatkan kelebihan zum sehingga 30X optikal berbanding 10X untuk model yang lepas. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa mod-mod rakaman yang menarik turut dikemaskini berdasarkan keperluan pengguna.
Cip Berkuasa Dan Bateri Yang Lebih Tahan Lama
Tidak lagi menggunakan cip Exynos dan kali ini mereka membawakan cip yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 yang mana cip ini merupakan pemproses yang paling berkuasa untuk peranti Android pada masa kini.

Dengan penawaran cip ini, nampaknya pengguna tidak perlu risau akan prestasi peranti lebih-lebih lagi sekiranya anda perlu melakukan banyak tugasan pada peranti secara serentak. Melengkapkan Samsung Galaxy Z Flip4 adalah kehadiran bateri yang lebih tahan lama iaitu 3,700mAh berbanding 3,300mAh untuk model sebelum ini serta turut membawakan pengecasan pantas 25W dan reverse charging.
Taskbar Yang Memudahkan Perlaksanaan Multi-Tasking
Taskbar merupakan ciri yang penting untuk peranti boleh-lipat Z Fold4. Dan untuk model kali ini, Samsung telah mengemaskini sokongan taskbar yang membenarkan pengguna untuk tarik dan letak terus kepada halaman skrin utama untuk melakukan tugasan multi-tetingkap (multi-window).

Tidak hanya itu, proses mengalihkan setiap tetingkap juga telah menjadi semakin lancar tanpa mengganggu aktiviti membuka dan menjalankan aplikasi.
Bagi anda yang berminat untuk kedua-dua Samsung Galaxy Z Flip4 dan Z Fold4 boleh didapati pada harga:
- Samsung Galaxy Z Flip4 RM4599 (Bespoke)
- Samsung Galaxy Z Flip4 RM4399 versi biasa
- Samsung Galaxy Z Fold4 RM6,799 (12/256 GB)
- Samsung Galaxy Z Fold4 RM7,299 (12/512 GB)
- Samsung Galaxy Z Fold4 RM8,299 (12/1TB)