Carian
Bayar Isian Minyak Di 88 Stesen Shell Guna TNG RFID – Ini Tutorial Penggunaannya
August 10, 2022 Lina Rosli

RFID Fuelling atau isian minyak menggunakan RFID telah diperkenalkan sejak pertengahan 2021 yang lalu yang mana sebelum ini ianya terhad untuk ujian pengguna terpilih sahaja.

Kini nampaknya, sistem pembayaran menggunakan RFID ini sudah sedia untuk digunakan oleh semua pengguna TNG RFID di 88 lokasi di seluruh negara dan dijangka bakal diperluaskan lagi kepada 200 stesen menjelang penghujung 2022.

Bagi yang tidak mengetahui, RFID Fuelling merupakan alternatif pembayaran lain yang ditawarkan oleh pihak stesen minyak selain daripada pembayaran menggunakan wang tunai, kad debit dan juga kad kredit.

Menerusi RFID Fuelling juga, anda boleh melakukan transaksi secara nirtunai yang mana jumlah pembayaran akan untuk mengisi minyak akan ditolak secara automatik daripada Touch ‘n Go eWallet. Mudah bukan? Anda tidak perlu membawa kad ataupun telefon bimbit untuk meneruskan pengisian minyak.

Bagaimana Cara Lakukan Pembayaran Isian Minyak Menggunakan RFID Fuelling Di Shell?

Berikut adalah langkah menggunakan RFID Fuelling sewaktu isian minyak:

  1. Muat-turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di App Store atau Play Store.
  2. Aktifkan ciri RFID Fuelling dengan hanya klik ikon Shell > Activate Fuelling.
  3. Tetapkan amaun pengisian yang anda inginkan dan masukkan nombor kad BonusLink untuk jana mata ganjaran.
  4. Amaun pengisian yang ditetapkan adalah amaun yang akan ditolak setiap kali anda melakukan pengisian di stesen minyak.
  5. Selepas selesai menetapkan maklumat yang diperlukan, anda boleh kunjungi ke stesen minyak Shell terpilih untuk melakukan pengisian.
  6. Pastikan anda parkir di ruang isi minyak dengan betul bagi memudahkan sensor pembaca RFID mengenalpasti kenderaan anda.

Harus diingatkan juga, anda perlu mengaktifkan RFID Fuelling bagi setiap kereta yang disenaraikan di bawah TNG RFID yang sama sebelum mula melakukan isian minyak. Ia bagi memudahkan pam yang tersedia mengesan kenderaan yang boleh menggunakan ciri ini.

Sekiranya anda tidak lagi ingin menggunakan kaedah pembayaran ini, anda boleh menghentikan penggunaan ciri RFID Fuelling dengan memilih untuk Stop Using pada setiap kereta yang aktif.

Berikut adalah beberapa lokasi stesen minyak Shell yang mula menawarkan ciri pembayaran isian menggunakan TNG RFID:

  1. Shell Salak Tinggi
  2. Shell Kajang-Semenyih
  3. Shell Prima Saujana ByPass
  4. Shell Persiaran Mahkota Cheras 2
  5. Shell Cheras Perdana
  6. Shell Balakong
  7. Shell SKVE Serdang
  8. Shell Elite Highway
  9. Shell NSE Bukit Jalil
  10. Shell Sungai Besi-Puchong Highway
  11. Shell Lebuhraya Seremban-KL
  12. Shell Jalan Cheras KM 5.5
  13. Shell Desa Petaling
  14. Shell LDP Puchong
  15. Shell Besraya Salak South SB
  16. Shell Bandar Puteri Puchong
  17. Shell Pandan Indah
  18. Shell Jalan Kuchai Lama
  19. Shell Kesas R&R Awan Besar
  20. Shell Kesas R&R Kinrara
  21. Shell Jalan Puchong KM12
  22. Shell New Pantai Expressway
  23. Shell Danau Desa
  24. Shell Putra Heights
  25. Shell Desa Petaling
  26. Shell LDP Putra Heights USJ25
  27. Shell Elite Putra Heights
  28. Shell Jalan Maarof
  29. Shell Jalan Tun Razak KL
  30. Shell Bukit Rimau Shah Alam
  31. Shell Kesas Highway Klang Bound
  32. Shell Kesas Highway KL Bound
  33. Shell Subang Jaya SS15
  34. Shell Wangsa Maju
  35. Shell Wangsa Maju 2
  36. Shell MRR2 Gombak 2
  37. Shell MRR2
  38. Shell Jalan Ipoh 2
  39. Shell MRR2 Kepong
  40. Shell Jalan Kepong
  41. Shell Desa Aman Puri
  42. Shell Bandar Sri Damansara
  43. Shell Plus HW J Duta KL Bound
  44. Shell Sri Hartamas
  45. Shell Taman Tun Dr Ismail
  46. Shell Sunway Damansara
  47. Shell Sg Kayu Ara
  48. Shell NKVE Damansara
  49. Shell Taman Tun Dr Ismail
  50. Shell Bandar Sri Menjalara
  51. Shell Mint Hotel
  52. Shell Temerloh RSA W/B EW Highway
  53. Shell Temerloh RSA E/B EW Highway
  54. Shell Jalan Beserah 1 KuantanS
  55. Shell Jalan Teluk Sisek Kuantan
  56. Shell Rompin
  57. Shell Jalan Pasir Puteh 3 Ipoh
  58. Shell Jalan Raja Musa Mahadi Ipoh
  59. Shell Jalan Tasik Ipoh
  60. Shell Jalan Kuala Kangsar
  61. Shell Jalan Kuala Kangsar 2
  62. Shell Jalan Kota Taiping
  63. Shell Nibong Tebal 1
  64. Shell NSE Sg Bakap Layby SB
  65. Shell Jelutong Expressway
  66. Shell Jalan Chain Ferry 1
  67. Shell Jalan Baru 2 Perai
  68. Shell Jalan Baru Butterworth
  69. Shell Ampamg Jajar Pak Mandin
  70. Shell Lebuhraya Utara-Selatan
  71. Shell Lebuhraya Plus Juru NB
  72. Shell Sg Dua SB
  73. Shell Jalan Song Ban Kheng 2
  74. Shell Jalan Kulim
Komen