Seperti bingkai atau aksesori kaca mata, kerengsaan kulit sewaktu memakai jam berkemungkinan besar disebabkan oleh ion logam daripada binaan jam tangan yang kemudiannya diekstrak melalui peluh.

Tindak balas jenis ini dikategorikan sebagai dermatitis kulit atau alahan yang dialami oleh individu dengan kulit yang sensitif terhadap logam seperti nikel, kobalt atau krom. Logam ini termasuk bukan sahaja dalam jalur logam tetapi juga dalam tali kulit.

Apakah Tanda dan Gejala Sekiranya Anda Alami Alahan Jam Tangan?

Untuk pengetahuan anda, tanda atau gejala ini akan mula kelihatan sekiranya berlaku sentuhan kulit anda dengan bahan jam tangan secara berulang kali. Dan antara gejala biasa yang sering berlaku termasuklah:

  • Ruam merah
  • Gatal-gatal
  • Kulit kering dan merekah, bersisik
  • Benjolan
  • Bengkak
  • Lepuh dan kelihatan seperti terbakar

Terdapat penyelesaian yang berbeza untuk merawat dan mencegah alahan jam tangan. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda praktikkan:

Kerap Membersihkan Jam Tangan

Pastikan jam tangan anda sentiasa bersih. Elakkan daripada membiarkan jam anda mempunyai pembentukan sel kulit mati dan mendapan garam terbentuk daripada peluh.

Hal ini kerana, jam tangan anda akan bergesel dengan mendapan garam ini menyebabkan ruam terbentuk. Kelembapan dan bakteria yang tersekat di antaranya juga boleh menjadi punca, jadi anda perlu sentiasa membersihkan dan mengeringkan jam tangan anda.

Tidak Memakai Jam Tangan Terlalu Ketat atau Terlalu Longgar

Pengeluar jam tangan pintar mengesyorkan agar anda tidak mempunyai tali yang terlalu ketat atau terlalu longgar.

Ramai pengguna cenderung untuk mempunyai jam tangan mereka terlalu ketat kerana mereka fikir ia akan meningkatkan kecekapan selain memberikan keselesaan sewaktu bergerak. Namun, ini adalah tidak benar kerana ia boleh merosakkan kulit dalam jangka masa yang lama

Sebaliknya, tali terlalu longgar pula akan menyukarkan pergerakan. Untuk kesesuaian yang betul, jam tangan hendaklah padat pada pergelangan tangan anda tetapi masih boleh berputar di sekeliling pergelangan tangan.

Dan pastikan juga anda menanggalkan jam tangan selama sekurang-kurangnya 20 minit sehari atau menukar jam tangan ke pergelangan tangan bertentangan untuk mengelakkan kulit daripada rengsa.

Tidak Menggaru Bahagian Kulit Yang Gatal

Sekiranya anda telahpun mengalami alahan jam tangan, elakkan daripada menggaru atau menggosok mana-mana kawasan yang terjejas. Gatal dan bintik merah boleh menyebabkan tekanan tambahan pada ruam dan meningkatkan peluang jangkitan. Gunakan krim seperti hidrokortison yang membantu mengurangkan kegatalan dan kerengsaan.

Jika anda mengalami reaksi alahan, hentikan pemakaian jam tangan dengan segera dan dapatkan nasihat pakar dermatologi. Dengan bantuan doktor, ia membantu anda mengenalpasti bahan atau logam yang tidak bersesuaian serta turut mendapatkan nasihat untuk mengurus tindak balas alahan.

Bagi mereka yang alah kepada nikel atau hipersensitif kepada keluli tahan karat, anda mungkin boleh mula mencuba bahan binaan lain seperti jam tangan titanium.