Jualan aiskrim Haagen-Dazs perisa vanila kini telah dihentikan susulan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF) yang mendapati aiskrim tersebut mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO).
Untuk yang tidak mengetahui, Ethylene Oxide atau etilena oksida adalah sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan untuk mengurangkan serta menghapuskan pencemaran mikrobiologi dan bakteria.
Namun di kebanyakan negara, bahan kimia ini tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam industri makanan kerana ia adalah bahan aktif dalam bahan pencuci yang tidak sesuai untuk bersentuhan makanan.
Berikutan isu ini, KKM telah mengambil tindakan sejak Julai 2022 lalu, yang mana amaran untuk menghentikan jualan aiskrim vanila Haagen-Dazs telah diberikan kepada pengeluar. Dan pemantauan yang berterusan juga turut dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini.