Carian
Johnson & Johnson Akan Tamatkan Pengeluaran Bedak Talkum Bayi Mulai Tahun 2023
August 12, 2022 Lina Rosli

Pada tahun 2020 yang lepas, Johnson & Johnson (J&J) telah mula menghentikan jualan bedak bayi jenis talkum di dua buah negara iaitu di Amerika Syarikat dan Kanada. Dan kini mereka mengumumkan pula penamatan pengeluaran bedak talkum tersebut secara global menjelang tahun 2023.

Perkara ini adalah susulan penurunan permintaan produk di kebanyakan negara disebabkan oleh isu keselamatan penggunaan bedak Johnson & Johnson.

Bagi yang tidak mengetahui, sebelum ini bedak talkum Johnson & Johnson dikatakan telah dicemari dengan bahan karsinogen dan asbestos yang dijumpai sekitar 0.5% di dalam produk oleh FDA. Namun, J&J menafikan dakwaan itu dan berkata ujian saintifik dan kelulusan kawal selia selama beberapa dekad telah menunjukkan talkumnya selamat dan bebas asbestos

Kesan daripada isu ini, ia dilihat telah mengubah tabiat dan persesi pengguna terhadap produk mereka yang berkemungkinan besar mula mendapatkan alternatif lain yang lebih selamat dan dipercayai.

Walau bagaimanapun, Johnson & Johnson kini dilihat mula beralih fokus kepada penawaran produk baharu iaitu penawaran bedak bayi berasaskan tepung jagung yang kini sudah dijual di negara-negara di seluruh dunia.

Komen