Bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal tiba, UNIQLO Malaysia tidak ketinggalan dalam meraikan hari yang penuh makna ini dengan memperkenalkan koleksi pelekat edisi terhad.

Apa yang menarik mengenainya ialah pelekat tersebut hadir dengan rekaan eksklusif yang diilhamkan oleh budaya dan kepelbagaian semua rakyat Malaysia yang dinamakan sebagai 8SIAN UTme!

Ini merupakan kolaborasi kali pertama UNIQLO Malaysia bersama pemain dalam komuniti NFT dalam menampilkan seni digital dalam bentuk pelekat. Menerusinya, kedua-dua jenama ini berharap untuk menyebarkan kesedaran tentang warisan Asia dan menghubungkan komuniti Asia dalam ruang seni digital.

Antara koleksi pelekat yang ditawarkan termasuklah lukisan yang menggambarkan budaya tempatan seperti Nasi Lemak yang merupakan hidangan kebangsaan Malaysia, Teh Tarik, Dim Sum, Murukku, Menara Berkembar KLCC dan juga bunga kebangsaan Malaysi iaitu Bunga Raya.

Tidak hanya itu, UNIQLO turut hadir dengan ilustrasi yang membolehkan anda menggabungkan pelekat yang memaparkan watak-watak Malaysia dalam pakaian budaya tradisional bersama latar belakang dan simbol resonans negara untuk disesuaikan pada baju-t dan beg tote.

Untuk mendapatkannya, koleksi ini akan mula ditawarkan mulai 22 Ogos 2022. Sementara untuk 300 pelanggan pertama dengan sebarang pembelian daripada koleksi UNIQLO X 8SIAN UTme!, anda akan menerima akan set pin enamel eksklusif.