Amirhadi Diterbitkan 14 August 2022

Puisi ‘F’ tulisan Muhammad amir hadi mahrizal

M. EMIR

Malam itu, bulan meloncat ke tingkap

cahayanya memanjat alisku

sesekali menggeletek kesedaran

aku masih berdiri

barangkali cuba menafsirkan bahasanya

& benci mula terpantul

oleh purnama dalam sehari atau sepurnama.

kau, sang munafik berkepala cahaya

—– Berhati hitam & sakit

bila kulafazkan

“Cintaku padamu ada, sayang”

kaumenghunjam

Warna merah dari kesan amarah

Di wajahmu

F, peribadiku celaka

Aku jijik

apabila kaudatang

wajahkan dirimu dengan kepala baru

& sumbatkanlah bibirmu daripada terkeluar

kata-kata pertama saat kau menolak cintaku

“eee…discgusting!”