Tealive dijangka akan memperkenalkan satu sub-jenama di bawah jenama Tealive yang akan memfokuskan kepada penawaran variasi pilihan kopi iaitu Coffee By Tealive.
Menurut perkongsian di laman Facebook mereka, Tealive kini sedang dalam usaha untuk memperluaskan dan mengembangkan jenama mereka menjadi salah satu rangkaian kopi pilihan ramai menerusi kempen bersempena Hari Merdeka yang bakal tiba.

Setakat ini, Tealive masih lagi belum menyatakan senarai hidangan yang bakal ditawarkan di bawah jenama Coffee By Tealive.
Namun, berdasarkan poster yang dikongsikan, jenama ini akan memperkenalkan kopi istimewa yang dinamakan sebagai Signature Coffee yang bakal menyajikan pilihan pemanis yang sihat iaitu Bornean Aren Palm Sugar.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Coffee By Tealive, sama-sama kita nantikan pengenalan jenama ini mulai 17 Ogos 2022 kelak.