Carian
Pesan Hidangan Popular Di Pulau Pinang Menerusi Aplikasi Airasia – Penghantaran Melalui Udara
August 15, 2022 Lina Rosli

Pernahkah anda berasa teringin untuk menikmati sesuatu makanan tetapi terlalu jauh untuk anda dapatkan?

Jika ya, nampaknya kini anda tidak perlu bimbang kerana Airasia mula hadir dengan servis penghantaran antara bandar kepada pengguna yang mana anda boleh mengirim dan memesan makanan dan minuman daripada kedai kegemaran anda terus ke pintu rumah.

Walau bagaimanapun, penawaran ini masih lagi terhad kepada pengguna di sekitar Lembah Klang sahaja yang mana kiriman makanan hanya terbuka untuk kedai dan restoran dari Pulau Pinang termasuk:

Bukan itu sahaja, untuk makanan dan minuman yang dipesan juga ditawarkan dalam set berkas yang telah ditetapkan oleh peniaga. Ini berkemungkinan besar bagi mengoptimumkan kadar bayaran untuk penghantaran yang mana hanya RM5.99 bagi setiap pesanan.

Sekiranya anda berminat untuk menikmati hidangan Pulau Pinang tanpa perlu berkunjung ke negeri berkenaan, jangan ketinggalan untuk mula melakukan tempahan hari ini. Harus diingatkan bahawa tempahan akan ditutup pada jam 5 petang sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan. Dan anda juga boleh membuat pra-tempahan untuk setiap pesanan sehingga 30 hari lebih awal.

Komen