MILO telah memperkenalkan variasi baharu kepada umum yang dikenali sebagai MILO Hi-Fibre. Ia merupakan pilihan minuman yang mengandungi kandungan serat yang lebih tinggi selain masih mengekalkan campuran barli malt, susu dan koko dengan 6 vitamin dan 3 mineral penting yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Tambah MILO, dengan kehadiran nutrien yang ditambahbaik, ia sekaligus membantu memenuhi keperluan pemakanan harian individu lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu menghadapi kesibukan hari dan gaya hidup aktif dengan lebih bertenaga

Untuk pengetahuan anda, bagi setiap hidangan (30g) MILO Hi-Fibre, ia mengandungi 3.7g serat yang memenuhi 12% keperluan serat harian. Serat pemakanan adalah komponen penting dalam pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan.

Selain itu, produk baharu ini juga mengandungi hanya lebih kurang setengah sudu kecil gula (sukrosa) dalam setiap hidangan, sesuai untuk mereka yang mengamalkan pilihan kurang gula dalam diet. Sungguhpun dengan gabungan baharu ini, rakyat Malaysia tetap dapat menikmati rasa ikonik MILO kegemaran mereka.

Bagi yang berminat untuk mencuba MILO Hi-Fibre, ia didatangkan dalam dalam dua format pek iaitu pek 900g dan juga stik pek 30g yang mempunyai 12 stik setiap bungkusan. Kedua-duanya boleh didapati di kedai runcit berhampiran ataupun pesannya melalui laman edagang secara atas talian.