Tahukah Anda Setiap Berlian Mempunyai ‘Cap Jari’ Tersendiri?
Lina Rosli
Berlian asli dicipta lebih daripada satu bilion tahun yang lalu jauh di dalam kerak bumi dan ia kemudiannya dibawa ke permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang mendalam yang mana apabila ia menjadi panas dan ditambah lagi dengan tekanan tertentu pada lapisan yang bersesuaian, ia akan menyebabkan atom karbon mengkristal dan membentuk berlian.
Berlian boleh ditemui di bawah tanah dengan ketinggian sedalam 150 hingga 200km di bawah permukaan Bumi yang mana di kedalaman tersebut, suhu di lapisan Bumi akan mencecah sekitar antara 900 hingga 1,300 darjah Celcius. Pada lapisan ini terdapat magma Bumi yang boleh keluar menuju ke permukaan Bumi.

Untuk pengetahuan anda, magma yang berada di dalam tanah akan menyebabkan lapisan Bumi mengembang dan ia akan membentuk jalurnya sendiri untuk keluar dari lapisan tanah. Jalur ini berbentuk seperti pipa dan ianya adalah sumber utama yang diperlukan untuk mendapatkan berlian dan disebut dengan jalur kimberlite.
Namun, dijangka hanya 1 daripada 200 jalur kimberlite yang menghasilkannya berlian yang boleh dijadikan perhiasan.
Menurut ahli kimia dan forensk, bagi setiap berlian yang ditemui di dunia, mereka akan melalui proses pencetakan cap jari yang mana ia akan memastikan butiran seperti tempat asal berlian hingga ke paip kimberlite ia dicipta.
Bagaimana Proses Pencetakan Cap Jari Dilaksanakan Pada Berlian?
Permulaan asal proses dan teknik ini sebenarnya digunapakai oleh industri emas terlebih dahulu. Tidak sama seperti manusia, proses penciptaan dan pencetakan cap jari yang unik pada setiap berlian dilakukan secara manual. Melaluinya, ia membolehkan batu berharga itu dikesan kembali ke sumbernya.

Mereka akan merekodkan signature atau ciri yang terdapat pada unsur berlian yang baru dijumpai dan memadankannya dengan cap jari berlian yang diketahui berasal dari wilayah yang sama. Namun, terdapat banyak kelemahan untuk proses pencetakan cap jari secara manual ini. Hal ini kerana, teknik ini tidak akan berfungsi pada berlian individu dan ianya hanya boleh dilakukan sekiranya berlian yang dijumpai datang dalam bentuk kumpulan.
Oleh itu, sebuah lagi teknik telah diperkenalkan yang mana mereka melakukan cetakan cap jari menggunakan laser yang dinamakan Gemprint.

Dalam sistem, ahli kimia akan pancarkan laser dengan ketumpatan rendah pada berlian. Ia akan mengenalpasti corak pantulannya kemudian didigitalkan dan disimpan.
Selain daripada pengecaman asal usul, kaedah ini menyediakan cara untuk mengukur kecantikan. Pantulan yang dilihat akan digredkan mengikut tahap keunikan dan kekemasan berlian tersebut dipotong.