QSR Trading yang merupakan penggerak di sebalik jenama KFC dan Pizza Hut telah mengumumkan yang mana mereka menampilkan barisan produk baharu yang memfokuskan keju di bawah jenama LACTIMA.
Berdasarkan perkongsian, LACTIMA menawarkan empat varian keju yang berlainan fungsi iaitu Cheddar Yellow, Toast, Mozzarella, dan Creamy. Jenama ini juga memfokuskan kepada penawaran keju yang kaya dengan protein dan kalsium, berkualiti tinggi selain tidak mengandungi bahan pengawet dan organisma ubah suai genetik ‘GMO’.
LACTIMA juga menampilkan pek bungkusan individu bagi setiap keping keju yang menjadikan setiap kepingan benar-benar segar dan dijamin kebersihannya.

Tambah QSR Trading, kesemua produk dibawah jenama LACTIMA juga telah menerima pengiktirafan halal daripada JAKIM. Jadinya, bagi individu yang mementingkan status halal bagi setiap produk, jenama LACTIMA memberikan jaminan bahawa rangkaian produk mereka telah memenuhi keperluan individu Muslim.
Berikut adalah harga jualan untuk 4 pilihan keju dari LACTIMA:
- LACTIMA Cheddar Yellow (200g) & Toast (200g) – RM10.80
- LACTIMA Mozzarella (200g) – RM11.25
- LACTIMA Creamy (130g) – RM7.16