Tokidoki dan Skechers Bawakan Koleksi Kasut Dengan Corak Ikonografi – Berharga RM399

August 19, 2022
Uncategorized

Lina Rosli

Tokidoki dan Skechers telah bekerjasama dalam melancarkan koleksi kasut dengan rekaan watak-watak berwarna-warni untuk rangkaian kasut fesyen Skechers yang popular untuk wanita termasuk Skechers Uno.

Melihat pada koleksi edisi terhad Tokidoki yang direalisasikan dengan Skechers ini, ia seakan mahu mengekspres kegembiraan dan kebahagiaan ke seluruh dunia. Tokidoki membawakan corak ikonografi yang diilhamkan berdasarkan contengan dan padanan yang bersesuaian untuk koleksi kasut.

Dengan kerjasama ini, ia dijangka akan membuka pintu kepada pengguna baharu yang menikmari pengalaman gaya dan keselesaan yang tidak dapat ditandingi di Skechers. Anda boleh mendapatkan 4 pilihan Skechers X Tokidoki yang memfokuskan wanita iaitu:

  • Kasut lari bertali Sunny Street menampilkan watak Tokidoki Unicorno aksen suede hitam.
  • Kasut Skechers Uno mempunyai logo ikonik dan tulang bersilang tokidoki yang dicetak pada setiap kasut dalam warna biru terang, merah jambu dan kuning.
  • Kasut Skechers Uno 2 pula menampilkan gaya retro bersama-sama dengan cetakan keseluruhan watak-watak pujaan Tokidoki.
  • Kasut Upbeats yang merupakan kasut putih yang sempurna untuk musim panas membawakan reka bentuk watak Tokidoki pada bahagian luarnya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kesemua koleksi Skechers X Tokidoki, anda boleh mula mendapatkannya bermula hari ini di rangkaian fizikal Skechers berdekatan anda pada harga RM399 atau pesan item kegemaran anda secara atas-talian di laman rasmi Skechers.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd