Carian
Laman Edagang Threebs Kini Menawarkan Produk Penjagaan Ibu, Bayi Dan Haiwan Perliharaan
August 29, 2022 Lina Rosli

Laman edagang kecantikan dan penjagaan diri tempatan, Threebs mengumumkan usahanya untuk mengembangkan barisan penawaran produknya untuk akses yang lebih menyeluruh kepada pengguna. Mereka kini hadir dengan kira-kira 1000 produk baharu daripada pelbagai jenama penjagaan ibu, penjagaan bayi dan ruang penjagaan haiwan perliharaan.

Pengumuman ini selari dengan rancangan pengembangan Threebs dalam memperjuangkan dan memperkasakan berjuta-juta pengguna dalam kategori ini dengan maklumat dan panduan yang bernas untuk membantu pelanggan membuat keputusan pembelian untuk diri sendiri atau orang tersayang.

Antara jenama yang tampil dalam platform ini termasuklah Sudocrem, Earth Mama, bunjie baby & Zesty Paw, Mewoofun, Bioline, NaturVet, dan Virbac yang menjanjikan tawaran produk berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.

Bukan itu sahaja, Threebs turut hadir dengan buku ‘The Beauty Spellbook‘ yang membawakan kandungan seakan blog yang telah dipilih dan disusun khas oleh pakar dalaman dan penasihat tetamu Threebs. Melaluinya, ia dapat menyediakan panduan dan maklumat yang bermanfaat tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan produk yang tersedia untuk pembelian

Selain daripada penambahan 3 kategori utama ini, Threebs sedang dalam perancangan untuk menawarkan wangian dan produk rumah serta kediaman pada akhir tahun 2022. Threebs juga sedang dalam proses memperkenalkan perisian pengecaman wajah AI baharu yang mampu mengimbas dan menganalisis wajah pelanggan untuk mengenal pasti keadaan kulit yang berpotensi dan memberikan mereka cadangan yang berkaitan.

Komen