Carian
Dior Hadir Dengan Jenama Tersendiri Untuk Barangan Kelengkapan Di Meja Makan – Dior Maison
August 19, 2022 Lina Rosli

Tidak hanya fokus untuk mendominasi dunia fesyen mewah, nampaknya Dior juga turut hadir dengan jenama tersendiri untuk kelengkapan meja makan yang menampilkan savoir-faire Perancis ke rumah orang ramai.

Menerusi jenama Dior Maison, koleksi pinggan mangkuk ini sangat sesuai untuk anda yang menginginkan paparan yang unik dan mewah pada rangkaian peralatan makan serta aksesori pada meja rumah anda. Hal ini kerana, Dior hadir dengan sentuhan istimewa pada setiap item dibawahnya yang tujuan untuk memberikan gambaran perasaan yang baik daripada individu dan tetamu yang hadir untuk majlis makan-makan.

Berikut adalah antara koleksi kelengkapan rumah baharu yang ditawarkan oleh Dior Maison:

Tutti Frutti

Untuk koleksi Tutti Frutti oleh Dior Maison, ia menampilkan pinggan dan juga jag air yang dihiasi dnegan motif buah-buahan yang direka oleh Cordelia de Castellane. Koleksi ini memilih buah-buahan yang berwarna-warni yang terdiri daripada pisang, kiwi dna juga buah naga.

Mencerminkan savoir-faire yang luar biasa, barangan kaca dari Dior Maison ini menampilkan sedikit kelainan dari segi pemilihan warna iaitu pinggan dan cawan dalam warna hijau bercahaya.

Toile de Jouy

Membezakan koleksi Toile de Jouy dengan Tutti Frutti adalah penggunakan porselin Limoges untuk koleksi kelengkapan meja makan Dior Maison.

Ia hadir dengan item seperti pinggan roti, pinggan utama, mangkuk salad, mangkuk sup dan set teko teh dan kopi yang semuanya dihiasi dengan lakaran biru pekat yang menjadi warna ikonik Christian Dior. Apa yang menarik juga untuk koleksi ini, bagi setiap kepingan item, ia dilakar secara teliti menggunakan tangan yang dikemaskan menggunakan cat enamel.

Lucky Milly

Dior Maison juga memperkenalkan buat pertama kalinya, koleksi yang menampilkan set berkebun menerusi iaitu Lucky Milly.

Direka oleh Cordelia de Castellane, siri ciptaan eksklusif ini mendapat inspirasi daripada alam semula jadi sebagai penghormatan kepada kecintaan Monsieur Dior terhadap bunga sejak dari kecil lagi. Untuk koleksi ini, Dior Maison hadir dengan kelengkapan berkebun yang lebih banyak seperti apron, penyodok tanah, sarung tangan, bakul buah dan banyak lagi yang berharga sekitar 290 Euro bersamaan dengan ~RM1,318.16.

Melengkapkannya adalah tipografi ikonik “Christian Dior” yang ditulis tangan menggunakan palet warna hijau dan putih.

Setakat ini, Dior Maison masih lagi tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Namun, anda boleh mengaksesnya menerusi laman utama Dior Eropah > Maison > Tutti Frutti untuk melakukan pesanan antarabangsa.

Komen