Sekiranya anda menggemari jam tangan yang mengingatkan anda kembali kepada fesyen ala-ala tahun 70-an hingga 90-an, nampaknya anda sudah tentu tidak ingin ketinggalan dalam mendapatkan koleksi istimewa daripada Timex dan The Coca-Cola Company iaitu 1971 Unity.

Untuk koleksi ini, ia menampilkan 3 pilihan jam edisi terhad iaitu Timex Standard, Q Timex dan Timex T80 yang menggambarkan keamanan, kasih sayang dan keharmonian era 70-an kepada generasi hari ini dalam setiap rekaan.

Apa yang menarik pada rekaan kolaborasi ini adalah elemen vintaj dan logo ikonik Coca-Cola yang dilakar pada muka jam. Ia memberikan mesej yang sangat jelas tentang apa yang berlaku pada era dahulu. Bagi yang tidak mengetahui, sebelum ini terdapat sebuah iklan telah menjadi bualan ramai pihak iaitu “Hilltop” Coca-Cola 1971.

Pada iklan berkenaan, ia menampilkan tindakan Coke yang menjadi seruan untuk toleransi dan harapan. Dan pada tahun ini, Timex dilihat berminat untuk membawa semangat ini dalam penawaran yang berlainan iaitu menerusi jam tangan.

Menurut Timex, koleksi 1971 Unity menampilkan ilustrasi retro yang unik pada setiap jam yang mana kesemuanya menggunaksan perincian reka bentuk dan warna-warna yang sinonim dengan nostagia dan imej klasik yang ingin dipersembahkan.

Oleh itu, sekiranya anda yang berminat untuk mendapatkan kesemua jam dalam koleksi Timex x Coca-Cola 1971 Unity, ia boleh didapati pada harga bermula RM469 hingga RM1089 di kedai di Vernakular Store, Bangsar.