Carian
Digitalisasi Antara Punca Obesiti – Jacob’s Galak Individu Mulakan Langkah Pertama Ke Arah Kebaikan
August 23, 2022 Lina Rosli

Bersempena Hari Kemerdekaan yang bakal berlangsung pada 31 Ogos hadapan, Jacob’s kini hadir dengan kempen bagi menggalakkan individu memulakan gaya hidup yang lebih sihat bagi mencorak masa hadapan yang lebih aktif.

Dinamakan sebagai kempen #LangkahKebaikan65, Jacob’s berharap mereka dapat menyokong usaha sihat ramai individu dengan mula mengumpulkan 10 juta langkah bukan sekadar untuk tempoh merdeka sahaja, tetapi dapat diterapkan untuk jangka masa panjang.

Menurut Jacob’s, inspirasi kempen ini hadir daripada nilai statistik yang menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Antara faktor penyumbang adalah kemudahan yang berpunca daripada digitalisasi yang menjadikan segalanya tersedia di hujung jari.

Ini mengakibatkan ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sedentari (kurang aktif). Apabila digabungkan dengan kekurangan riadah fizikal dan pemilihan makanan yang kurang sihat, ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis (diabetes), obesiti, sakit jantung dan isu-isu lain.

Jadinya, sekiranya anda ingin menyertai kempen #LangkahKebaikan65, anda boleh melayari pautan ini, dan mula mengimbas kod QR serta menyelaraskan jumlah langkah mereka dengan menggunakan Google Fit untuk bersaing kedudukan di papan skor (leaderboard).

Komen