Pengalaman Menyertai Nespresso Masterclass – Ini 5 Kapsul Kopi Yang Boleh Anda Cuba
Lina Rosli
Bagi anda yang tidak mengetahui jenis dan kategori kopi apakah yang patut anda cuba, Nespresso Masterclass hadir dengan penawaran pengalaman yang menarik kepada penggemar kopi khususnya jenis kapsul untuk menerokai keindahan dan kelazatan secangkir kopi.
Memfokuskan kepada kopi single origin, terdapat variasi pilihan rasa ditawarkan oleh Nespresso yang mana bermula daripada kategori yang tidak terlalu kuat sehingga ke kategori yang intense.

Seperti ramai yang sedia maklum, Nespresso adalah salah satu jenama yang cukup dikenali dengan penawaran mesin kopi berteknologi tinggi di samping membawakan pengalaman pembuatan kopi yang mudah dan pantas. Antara pilihan mesin yang ada termasuklah Essenza Mini, Essenza Plus, Pixie, Innisia dan bermacam lagi.
Pengalaman Mengendali Nespresso Pixie Untuk Menyediakan Kopi
Untuk Tajria sendiri, kami telah mencuba mesin kopi Pixie yang mana jika dibandingkan dengan mesin mereka yang lain, ia hadir dengan reka bentuk yang tampak lebih klasik selain turut membawakan binaan yang lebih kukuh dan stabil sewaktu penyediaan kopi.
Mesin kopi Pixie dilengkapi dengan hanya dua butang sahaja iaitu butang untuk espresso dan juga lungo. Dengan ini, ia bukan sahaja memudahkan individu untuk mengendalikan mesin kopi dengan baik tetapi juga menggunakan tempoh yang pendek untuk anda mendapatkan secangkir kopi yang lazat pada bila-bila masa.

Berdasarkan perkongsian dari pakar kopi dari Nespresso, bagi setiap mesin kopi mereka, ia didatangkan dengan tawaran pam tekanan tinggi sehingga 19 bar yang menjadikan setiap espresso yang diekstrak mempunyai rasa yang seimbang.
Bercakap mengenai proses pengekstrakan kopi, Nespresso memastikan bahawa setiap kapsul hanya diekstrak kira-kira 15% sahaja bagi mengelakkan ia memberikan rasa seakan terbakar pada hidangan kopi. Dan anda boleh menambah sekitar 110ml susu yang telah dipanaskan menggunakan mesin frother Nespresso untuk mendapatkan rasa latte yang ideal.
5 Kaspul Kopi Yang Perlu Anda Cuba Di Nespresso
Apabila bercerita mengenai kopi, pemilihan kapsul kopi yang bersesuaian sering menjadi suatu masalah bagi setiap individu yang baru sahaja ingin mengenali jenis-jenis rasa kopi.
Oleh itu di Nespresso Masterclass, mereka menawarkan sekitar 30 kapsul yang berbeza rasa yang boleh anda cuba. Dan Tajria berpeluang mencuba 5 daripadanya iaitu Ethiopia, Nicaragua, Indonesia, Columbia dan juga India.

Berikut adalah antara pandangan dari Tajria untuk setiap kapsul yang kami cuba:
Ethiopia
Saiz cawan yang dicadangkan: Espresso (40ml), Lungo (110ml)
Tahap Kekuatan (Level of Intensity): 4, Tahap Kepahitan (Level of Bitterness): 2, Aroma: Bunga-Bungaan
Sekiranya anda ingin mencuba kapsul Ethiopia, ia hadir dengan rasa seakan buah yang mempunyai nota yang masam pada awal rasa dan mempunyai tahap kepahitan kopi yang agak rendah. Kopi ini juga mempunyai warna créma yang cair tetapi mempunyai kepekatan buih yang tinggi yang menandakan biji kopi yang digunakan adalah segar dan berkualiti.

Menurut pakar kopi dari Nespresso, disebabkan negara asal biji kopi mempunyai iklim yang panas, ceri kopi ini dikeringkan sehingga berwarna gelap yang mana sewaktu proses tersebut, biji kopi akan menyerap dan menghasilkan rasa yang lebih beraroma.
Nicaragua
Saiz cawan yang dicadangkan: Espresso (40ml), Lungo (110ml)
Tahap Kekuatan (Level of Intensity): 5, Tahap Kepahitan (Level of Bitterness): 2, Aroma: Manis
Memfokuskan kepada rasa yang asid yang lebih sederhana berbanding Ethiopia, kasul Nicaragua ini mempunyai rasa yang lebih seimbang dari sudut tahap kepahitan, manis dan juga masanya. Ia turut menampilkan rasa akhir yang seakan rasa kacang dengan sedikit nota vanila menjadikan kopi ini lebih sesuai bagi anda yang tidak begitu menggemari rasa kopi yang terlalu flavourful.

Indonesia
Saiz cawan yang dicadangkan: Espresso (40ml), Lungo (110ml)
Tahap Kekuatan (Level of Intensity): 6, Tahap Kepahitan (Level of Bitterness): 3, Aroma: Berkayu
Pilihan kapsul yang ketiga adalah biji kopi dari Indonesia. Ia menawarkan rasa yang lebih kuat berbanding 2 kopi sebelum ini yang mana rasa tahap kepahitannya boleh dikatakan agak tinggi untuk disajikan sebagai espresso ataupun americano.
Menggunakan kaedah manual untuk proses hurdling, ia menjadikan biji kopi Indonesia ini lebih eksotik. Ia tidak memberikan rasa masam yang kuat tetapi anda boleh merasai rasa dark dan bold pada setiap hirupan.

Columbia
Saiz cawan yang dicadangkan: Espresso (40ml), Lungo (110ml)
Tahap Kekuatan (Level of Intensity): 6, Tahap Kepahitan (Level of Bitterness): 3, Aroma: Fruity
Untuk kapsul Columbia pula, Tajria mencubanya sebagai hidangan latte yang mana bagi keseluruhan rasa, ia tidak begitu kuat dan sesuai dicuba untuk penggemar kopi dengan rasa yang sederhana.
Boleh dikatakan tidak terlalu masam ataupun mempunyai rasa yang manis pada minuman, biji kopi Columbia hadir dengan aroma yang cukup wangi seakan bunga. Namun, ia tidak menjejaskan rasa kopi seperti biji kopi Ethiopia kerana

India
Saiz cawan yang dicadangkan: Espresso (40ml), Lungo (110ml)
Tahap Kekuatan (Level of Intensity): 11, Tahap Kepahitan (Level of Bitterness): 5, Aroma: Pedas
Seperti yang dinyatakan di atas, aroma pedas adalah salah satu keunikan bagi biji kopi India. Ia berkemungkinan besar disebabkan persekitaran negara tersebut yang terkenal dengan pengeluaran rempah ratus, ia menjadikan biji kopi yang dihasilkan India mempunyai aroma yang cukup jelas dan kuat.
Dari segi rasa, Tajria turut menambah susu ke dalam hidangan kopi ini. Namun apa yang menarik, ia masih menghasilkan rasa pahit yang cukup seimbang pada hidangan kopi ini yang mana ia tidak ditelenggami dengan rasa lemak susu jika dibandingkan dengan biji kopi Columbia.

Tidak hadir dengan nota buah-buahan pada rasa akhir, ia menjadikan kopi ini antara yang berada di kedudukan teratas dalam senarai pilihan Tajria sekiranya anda ingin mencubanya. Sedikit informasi mengenai biji kopi India juga, ia hadir dengan saiz biji kopi yang lebih besar disebabkan oleh proses fermantasi yang dilakukan selama 24 jam bagi mendapatkan rasa kopi yang lebih padu. Ia juga melalui proses wet hurdling yang mana selaput luar biji kopi akan dikupas sewaktu basah sebelum ia dikeringkan dan sedia untuk dikilangkan.
Mana Satu Kopi Pilihan Anda?
Setelah mengetahui serba sedikit informasi mengenai biji kopi dari Nespresso ini, sudahkah anda mengetahui jenis-jenis biji kopi yang bersesuaian dengan anda?

Jika anda masih tidak dapat mengenali biji kopi yang ditawarkan, Nespresso Masterclass ini boleh dihadiri secara percuma yang mana ia terbuka kepada umum tanpa sebarang tempahan slot. Walau bagaimanapun, slot ini adalah terhad dan dibuka untuk kapasiti 6 individu maksima setiap hari.
Sebarang maklumat tambahan, anda boleh layari laman rasmi Nespresso dan mula menerokai dunia kopi tanpa sempadan.