Secret Recipe Kini Mempunyai 440 Cawangan Di 7 Negara Termasuk Malaysia, Maldives & Bangladesh
Lina Rosli
Secret Recipe, rangkaian kafe gaya hidup tempatan yang terkemuka dan terbesar di Malaysia kini telah menyambut ulang tahun kelahiran mereka yang ke-25 sejak ia mula ditubuhkan.
Bermula pada tahun 1997, Secret Recipe menyatakan mereka telah membuka sekitar 440 cawangan di 7 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Maldives dan Bangladesh. Dan di Malaysia sahaja, jenama ini sudahpun membuka sebanyak 340 cawangan di seluruh negara dan menyasarkan akan mencapai 400 cawangan menjelang tahun 2024 kelak.

Sekiranya anda sering mengunjungi ke Secret Recipe, terdapat pelbagai pilihan kek yang ditawarkan dan rata-rata menu yang disediakan akan memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Antara menu yang sering menjadi pilihan ramai termasuklah New York Cheesecake, Oreo Cheesecake, The Red Velvet Cake, Tiramisu dan banyak lagi.
Selari dengan ulang tahun ini juga, Secret Recipe turut mengumumkan duta terbaru jenama mereka iaitu Mira Filzah. Dengan pengumuman ini, ia diharap dapat meraikan dan mencipta lebih banyak detik yang tidak dapat dilupakan bersama jenama itu.