Menampilkan beberapa gaya klasik sekitar tahun 1980-an, Vans bersama-sama dengan Netflix memperkenalkan koleksi kasut baharu iaitu Vans X Stranger Things,
Ia menawarkan pelbagai pilihan rekaan untuk dua jenis kasut mereka iaitu slip-on dan hi-top. Mengetengahkan elemen ikonik Stranger Things seperti ikonografi, warna dan cetakan, koleksi Vans X Stranger Things ini pastinya memberikan gaya yang baharu kepada penggemar fesyen.
Antara rekaan yang diperkenalkan termasuklah Sk8-Hi yang menampilkan cetakan grafik Demogorgon dan tapak luar kristal yang kelihatan seperti digigit oleh taring makhluk asing di dalam drama berkenaan. Melengkapkannya adalah kemasan warna merah dan hitam sama seperti warna tulisan ‘Stranger Things’.
Buat masa ini, koleksi kasut Vans x Stranger Things belum lagi ditawarkan dan dijangka akan dijual secara rasmi di laman rasmi Vans bermula 26 Ogos 2022. Kesemua kasut yang ditawarkan juga terdapat dalam pelbagai saiz, dengan beberapa gaya juga tersedia untuk kanak-kanak dan remaja.
Selain daripada kasut, Vans X Stranger Things turut menampilkan koleksi pakaian seperti kemeja-t dengan cetakan berbeza pada bahagian hadapan dan belakang. Ia juga membawakan sekali jaket denim eksklusif dengan tampilan cetakan ‘Hellfire Club’ yang boleh dikustomasi.