Makanan Kering Atau Basah – Mana Satu Yang Perlu Diberikan Pada Kucing Anda?
Lina Rosli
Sekiranya anda sedang mempertimbangkan makanan jenis apa yang perlu anda berikan pada kucing perliharaan anda, perkara utama yang perlu anda ketahui adalah keinginan dan tabiat pemakanan kucing anda.
Hal ini kerana, ia adalah perkara yang penting bagi memastikan makanan yang disediakan akan memenuhi keperluan dan citarasa mereka. Di tambah lagi bagi setiap kucing, kesemuanya mempunyai selera yang berbeza. Mungkin ada kucing yang menggemari makanan kering, tetapi ada juga segelintir yang memilih makanan basah.
Oleh yang demikian, elakkan daripada terlalu memfokuskan kepada nutrisi sehingga tidak mengendahkan keperluan kucing anda dengan sebaiknya.

Makanan Kering Vs Makanan Basah
Secara umumnya, makanan basah dikatakan dapat membantu meningkatkan pengambilan air kucing anda, sementara makanan kering pula membantu mengekalkan kesihatan gigi kucing anda.
Selain itu, aroma makanan basah cenderung lebih kuat sekaligus sering menjadi rebutan para kucing. Dan sebalinya untuk makanan kering yanga mana ia tidak menghasilkan bau yang terlalu menusuk sehingga mengganggu aroma persekitaran rumah anda.
Faedah Makanan Kering Untuk Kucing
Salah satu faedah utama makanan kering ialah jenis makanan ini adalah lebih mudah disimpan dan pantas untuk dihidangkan kepada kucing anda. Anda tidak perlu kerap mengeluarkan dan memberikan makanan kepada kucing kerana ia boleh diletakkan di dalam mangkuk serta dibiarkan sepanjang hari tanpa rosak.
Ini membolehkan kucing yang suka kepada snek ringan untuk menikmati hidangan mereka dengan kerap sekaligus menyokong tabiat pemakanan yang sihat. Apabila makanan kering dirumus dengan betul, ia juga membantu meningkatkan kesihatan pergigian dengan menggunakan permukaan kasar yang lembut pada kibble untuk mengawal paras tartar pada gigi kucing anda.

Kebaikan Makanan Basah Untuk Kucing
Ramai kucing tidak mendapat penghidratan yang mencukupi melalui air minuman dan hanya bergantung pada makanan untuk menambah jumlah air dalam badan mereka.
Oleh sebab itu, jika anda perasan kucing yang makan makanan basah lebih kurang mendapatkan minuman jika dibandingkan kucing yang makan makana kering. Hal ini kerana, kebaikan utama makanan basah ialah dapat membantu membekalkan kucing anda dengan air tambahan yang bukan sahaja memastikan mereka terhidrat tetapi juga mengurangkan kemungkinan masalah kesihatan di kawasan seperti buah pinggang atau saluran kencing mereka.

Jadi, mana antara satu yang baik untuk kucing? Jawapannya kedua-duanya yang mana anda boleh mula memberikan dan mencampurkan kedua-dua makanan untuk kucing perliharaan anda. Dengan ini, ia bukan sahaja memberikan kebaikan yang seimbang tetapi juga memastikan keperluan kucing dapat dipenuhi dengan baik.
Walau apapun, harus diingatkan bahawa setiap kucing mempunyai tabiat pemakanan yang berbeza. Maka, teliti dahulu minat kucing anda dan kenalpasti jenis makanan yang mereka perlukan dalam kehidupan seharian.