KFC Memperkenalkan Ayam Goreng Baharu – KFC x Lay’s Crunch Perisa BBQ

August 25, 2022
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan ayam goreng istimewa yang menggabungkan rasa yang ikonik antara resipi KFC bersama-sama dengan kerangupan kerepek kentang perisa BBQ Lay’s.

Menurut KFC, ayam goreng KFC X Lay’s Crunch BBQ ini ditawarkan bersempena sambutan hari merdeka yang bakal tiba. Oleh itu, bagi menampilkan kelainan pada hari yang bermakna ini, KFC menerokai gabungan luar biasa antara kerepek kentang dan ayam goreng.

Bagi setiap hidangan KFC x Lay’s Crunch Perisa BBQ, ia menggunakan ayam Hot & Spicy dan kemudiannya disaluti dengan tepung campuran hancuran kerepek kentang Lay’s istimewa. Ia seterusnya digoreng sehingga perang keemasan dan akhir sekali ditaburkan serbuk BBQ yang memberikannya rasa smoky BBQ dalam setiap gigitan rangup.

Bersama-sama dengan ayam goreng istimewa ini adalah Loaded Cheezy Fries yang pasti membangkitkan selera anda. Dengan menu baharu ini, pastinya sambutan Merdeka bersama rakan dan keluarga anda akan lebih gembira dan meriah.

Bagi yang berminat, kunjungi rangkaian KFC berdekatan anda ataupun lakukan pesanan secara atas-talian menerusi aplikasi KFC Delivery untuk memilih set kombo yang anda gemari.

  • Set Kombo 2pcs KFC X Lay’s Crunch – RM 18.99
  • Set Kombo 3pcs KFC X Lay’s Crunch – RM 26.49
  • Set Box KFC X Lay’s Crunch – RM 21.99

Muat turun aplikasi KFC Delivery di Play Store / App Store

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd