Kwai Chai Hong sekali lagi memperkenalkan pemasangan seninya yang terkini ‘Beyond the Moonlit Door’ bersempena dengan sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh, yang merupakan antara peristiwa yang penting dalam budaya Cina.

Mulai 26 Ogos hingga 2 Oktober, orang ramai dijemput untuk melawat jalan kecil yang berbaloi untuk tangkapan gambar tatkala mereka dipesonakan dengan pintu dan tingkap oriental yang dipersembahkan dengan nafas baharu.

Di sebalik pemasangan yang indah ini terselit pesanan kepada semua pengunjung, iaitu suatu peringatan untuk mengambil iktibar masa silam, menghayati masa kini dan merebut peluang masa hadapan. Pemasangan seni ini mencerminkan nilai-nilai sejarah dan warisan Kwai Chai Hong, yang menggabungkan peristiwa silam dan perspektif masa kini.  

Di pintu masuk, pengunjung akan dialu-alukan oleh struktur yang sangat mengagumkan, iaitu sebuah kerja seni yang terhasil melalui kerjasama dengan pereka seni bina dan artis yang memenangi anugerah, Pamela Tan daripada Poh Sin Studio.

Pemasangan yang diberi gelaran ‘Endless Frames’ ini menampilkan beratus-ratus kepingan akrilik potongan laser yang digantung pada pelbagai ukuran panjang, sekali gus mencipta suatu ilusi perjalanan masa apabila pengunjung berjalan melalui portal seperti gegua yang mengingatkan kita kepada pintu dan tingkap kayu masyarakat Cina tradisional. 

Melengkapkan tema ‘Moonlit Doors’ di sekitar jalan kecil adalah laluan kepada paparan bulan penuh. Pintu-pintu ini menampilkan warna bingkai yang beraneka, menyuntik nafas baharu kepada gaya tradisional.

Bagi yang berminat, Kwai Chai Hong akan dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 9 pagi hingga 12 tengah malam. Pemasangan seni ‘Beyond the Moonlit Door’ akan bermula dari 26 Ogos hingga 2 Oktober 2022. Jemput datang untuk meraikan Festival Pertengahan Musim Luruh di Kwai Chai Hong bersama insan tersayang dan jangan lupa untuk mencuba 10 tempat makan menarik yang terdapat di sekitar kawasan ini!