Titik permulaan dalam mendapatkan gaya hidup yang sihat adalah bermula dengan menyediakan jadual permakanan yang teratur dan strategik.
Mengapa sedemikian? Hal ini kerana, waktu anda mengisi makanan di dalam perut akan memberi kesan kepada sistem pencernaan tubuh anda. Ia bergantung kepada jenis makanan, kuantiti makanan dan kekerapan anda makan.

Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan diet yang baik adalah dengan mengehadkan waktu makan anda. Namun, bagaimana?
Pukul berapa sepatutnya anda berhenti makan?
Menurut pakar diet, cara mudah untuk membuat saluran pencernaan anda menjadi padat pada waktu malam adalah dengan menetapkan “had masa dapur” atau kitchen curfew. Ia di mana dapur dan peti sejuk adalah zon larangan.
Sebaik-baiknya, anda perlu berhenti makan sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Hal ini kerana, semasa anda tidur, semua sistem di badan anda akan bergerak semakin perlahan. Lebih-lebih lagi sistem pencernaan kerana badan anda akan berada dalam mod rehat.

Makan terlalu lewat memberi tubuh waktu yang terhad untuk anda mencerna dan memproses makanan dengan baik. Ia sekaligus membuatkan badan anda tidak dapat menyerap nutrien penting.
“Sebaiknya, anda mahu berhenti makan sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.” —Brigitte Zeitlin
Mengapa Anda Perlu Berhenti Makan Sebelum Tidur?
Berhenti makan sebelum tidur bukan sahaja membantu melancarkan proses pencernaan, malah ia juga membuatkan tidur malam anda menjadi lebih baik dan berkualiti. Jika anda mengambil makanan sebelum tidur, anda mungkin akan terbangun beberapa kali kerana terdapat gangguan pencernaan.
Secara umumnya, anda disarankan untuk mengawal pemakanan anda dengan berpuasa makan selama 12 jam.
Bagaimana? Anda boleh berhenti makan pada jam 8 malam dan mula makan semula pada jam 8 pagi dengan mengambil sarapan yang lebih mengenyangkan.
Mengapa? Dengan cara ini, anda tidak akan merasa begitu keterlaluan dalam diet anda selain membantu anda mengawal pemakanan dengan lebih sistematik.