Minat untuk menghasilkan cawan mi segera jenama Mamee anda yang tersendiri? Kini, Mamee hadir dengan bengkel eksklusif yang dinamakan ‘Noodle Doodle’.
Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif baharu Mamee yang mana ia ditawarkan terhad di Mamee Jonker House yang terletak di Melaka.
Sekiranya anda ingin cuba untuk reka butiran cawan anda yang tersendiri, anda hanya perlu beli cawan pada harga RM15 dan seterusnya boleh mula serlahkan kreativiti anda.

Bagi yang tidak mengetahui, Mamee Jonker House adalah kedai konsep pertama yang dibuka oleh Mamee selepas 40 tahun bertapak dalam industri pengeluaran makanan. Menerusinya, pelanggan boleh berkunjung untuk mendapatkan cenderahati edisi terhad selain turut berkesempatan untuk menerokai cara Mamee menghasilkan variasi mi segera dan sbek di Lil Monster Kitchen.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Mamee Jonker House ini yang mana ia sesuai untuk dilawati oleh pelbagai lapisan generasi.
Anda juga boleh berkunjung ke Mamee Cafe untuk mencuba pelbagai juadah lazat seperi kek dan banyak lagi. Untuk Mamee Jonker House ini, ia dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dan ditutup pada hari Selasa.
Alamat: No 46 & 48, Jalan Hang Jebat (Jonker Street), 75200 Melaka