Bulu mata adalah salah satu bahagian mata yang paling kurang diberi pendedahan jika dibandingkan dengan bahagian muka yang lain. Fungsi bulu mata biasanya adalah untuk melindungi mata dari serpihan atau anasir habuk yang boleh menghalang penglihatan atau menyebabkan jangkitan atau kecederaan.
Tahukah anda bahawa bulu mata tumbuh dan gugur dalam kitaran semula jadi setiap enam hingga 10 minggu, sama seperti rambut di anda?
Bukan itu sahaja, ia adalah normal untuk keguguran antara satu hingga lima bulu mata setiap hari. Kadang-kadang, bulu mata yang gugur lebih cepat dikenali sebagai madarosis boleh menjadi gejala masalah kesihatan yang mendasari di mata atau di bahagian badan yang lain.
Ketahui Punca Yang Menyebabkan Bulu Mata Gugur
Semua individu akan mengalami masalah keguguran bulu mata setiap hari. Namun tahukah anda, apakah punca yang boleh membuatkan bulu mata anda gugur?
Selain daripada gugur secara semula jadi, bulu mata juga biasanya boleh gugur akibat daripada faktor luaran seperti:
- kesan gosok mata secara berlebihan
- alahan
- bendasing memasuki mata
- infeksi bakteria
- kesan pemakaian alat solek seperti maskara yang sudah melebihi tarikh luput atau penggunaan alat pengerinting bulu mata yang lama
Menggosok terlalu mata terlalu kuat
Apabila anda membersihkan solekan mata terlalu kuat juga boleh menyebabkan bulu mata jatuh, terutamanya apabila anda menggosok produk kalis air dengan kuat. Untuk mengelakkan masalah tersebut, gunakan alat penghilang solekan mata yang lembut namun berkesan untuk membersihkan kawasan mata anda yang halus tanpa perlu menggosok dengan kasar.
Menggunakan Alat Pengerinting Bulu Mata Terlalu Lama
Hadkan keriting bulu mata tidak lebih dari 10 hingga 20 saat. Apabila anda menggunakan alat pengeriting dengan lapisan maskara, pastikan alatan tersebut bersih agar bakteria tidak berpindah dari pengerinting ke bulu mata anda.
Kerengsaan akibat kosmetik
Apabila anda memakai solekan mata terlalu lama, ia boleh membahayakan bulu mata dan mempercepat keguguran. Ianya juga boleh disebabkan oleh alergi terhadap maskara atau gam bulu mata.
Trichotillomania
Ia juga boleh disebabkan oleh tekanan emosi atau psikologi yang mengakibatkan seseorang mengeluarkan bulu mata mereka secara biasa.
Alopecia Areata
Ia merupakan gangguan imun di mana sel menyerang folikel rambut sekaligus menyebabkan bulu mata gugur. Keadaan ini boleh mempengaruhi bulu mata, kening, kulit kepala dan tempat lain di mana rambut tumbuh. Sekiranya anda mengesyaki ia bertambah kronik, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Penyebab kehilangan bulu mata lain yang kurang biasa termasuk gaya hidup atau masalah kesihatan yang lain seperti chalazia, rosacea okular atau hama, jangkitan bakteria dan juga kulat pada satu atau kedua mata.
Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Bulu Mata Gugur?
Bagi mengatasi masalah bulu mata gugur, individu perlu melakukan beberapa perubahan dalam tabiat gaya hidup harian. Ia juga merangkumi pengambilan jenis-jenis makanan, penggunaan alat penjagaan diri yang tak bersesuaian dan juga pemakaian bendasing pada kawasan bulu mata yang boleh menyebabkan bulu mata rosak.
Selain itu, anda juga perlu memastikan bahawa tubuh badan anda mendapat nutrien makanan yang kaya protein, serta makanan yang mengandungi asid lemak penting seperti badam, kacang mete, kacang soya dan salmon.
Bukan itu sahaja, anda juga disarankan untuk mengambil produk yang menguatkan bulu mata yang juga mempunyai sifat penyegar dan penguat bagi mendapatkan bulu mata yang sihat.