Mentega adalah bahan asas pembuatan makanan tradisional yang dibuat oleh churning cream. Kebiasaannya, marjerin sering digunakan dalam kaedah penggorengan dan juga penyediaan kek. Ia diperbuat daripada lemak tenusu pekat yang mana kebanyakannya terdiri daripada lemak tepu.

Sementara merjerin pula merupakan bahan makanan yang diproses dengan rasa dan visual seakan mentega.

Disebabkan ciri fizikal mereka yang sama, ramai individu sering tertukar di antara kedua-dua bahan ini. Akan tetapi dari sudut bahan untuk menghasilkannya, marjerin tidak mengandungi produk tenusu sama sekali. Marjerin terbentuk melalui proses kimia yang rumit dan oleh itu bukan sesuatu yang boleh anda buat di rumah.

Walau bagaimanapun, menurut pakar pemakanan, marjerin boleh dijadikan sebagai pengganti mentega kerana ia dihasilkan dari minyak sayuran melalui proses hidrogenasi.

Perbezaan Utama Antara Marjerin Dan Mentega

Semuanya bergantung kepada jenis lemak yang terlibat.

Sebagai produk haiwan, mentega mempunyai paras kolesterol dan lemak tepu yang tinggi yang tidak terdapat dalam marjerin. Marjerin, sebaliknya, mempunyai lebih banyak lemak poli tak tepu dan tak tepu tunggal (jenis yang baik).

Disebabkan itu juga, anda akan melihat mengapa mentega jauh lebih pejal daripada marjerin pada suhu bilik. Hal ini kerana, lemak tepu membuat ikatan padat di dalam mentega kekal tegar dan membenarkan individu untuk tidak perlu menyimpannya di dalam peti sejuk.

Mana Satu Yang Lebih Baik – Marjerin Atau Mentega?

Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengambilan lemak tepu yang hadir dalam mentega akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Walau bagaimanapun, mentega sebenarnya mengandungi beberapa nutrien yang tidak terdapat dalam banyak makanan lain.

Sebagai contoh, mentega dari lembu yang diberi makan rumput dapat mengandungi vitamin K2 yang akan menghasilkan tulang yang lebih baik.

Tidak seperti mentega, marjerin adalah pengganti yang sihat untuk jantung selain berupaya menurunkan kolesterol LDL yang buruk untuk kesihatan.

Jadi, yang manakah lebih baik – marjerin atau mentega? Jawapannya adalah bukan kedua-duanya. 

Mengapa? Hal ini kerana, mentega mengandungi banyak lemak tepu yang akan menyebabkan saluran arteri tersumbat dan marjerin pula mengandungi kombinasi lemak tepu dan trans yang tidak sihat.

Oleh itu, pengambilan kuantiti yang bersesuaian adalah penting. Jika anda ingin menggunakannya pada jumlah yang banyak, anda disarankan untuk menukar mentega dan marjerin kepada minyak lain seperti minyak zaitun, kanola dan minyak safflower.

Ringkasnya, marjerin moden adalah produk makanan yang sangat diproses yang terbuat dari minyak sayuran, sementara mentega pada dasarnya adalah lemak tenusu pekat.

Sumber: Mayo Clinic, Oregon