SINOPSIS.
Tengku Raja Ilyas yang pernah dihadirkan seorang bidadari kecil didalam hidupnya kini hidup semula didalam kegelapan setelah bidadari kecilnya itu hilang daripada hidupnya untuk satu tempoh yang lama. Hilangnya susuk budak kecil penghibur hatinya setiap hari itu membuatkan dia membesar menjadi seorang jejaka dingin dan menakutkan.
Namun, detik 10 saat, terlanggar bahu dengan seorang gadis 20-an di salah satu pusat beli belah telah memberi harapan kepada dirinya semula. Gadis manisnya dia temui sekali lagi. Dia gembira. Dia membuat keputusan untuk terus menjaganya dari jauh kerna dengan cara itu sahaja dia dapat menghilangkan kepahitan kehidupannya.
Setelah menyusun segala perancangan, akhirnya dia membuat keputusan ingin bernikah dengan gadis itu, tapi dia tahu hal itu tidaklah semudah yang dia sangkakan. Dia mungkin ingat setiap perkara berkenaan gadis itu, tapi adakah dia Tengku Puteri Fitriyani juga merasakan hal yang sama. Atas sebab itu dia membuat perancangan yang cukup untuk memastikan gadis itu tiada pilihan lain melainkan setuju dengan lamarannya.
Tengku Puteri Fitriyani bingung, tapi disebabkan perjanjian tidak sengajanya itu dia terpaksa setuju untuk bernikah. Lagipula hidupnya sememangnya tidaklah sebahagia mana, jadi bernikah bukanlah perkara yang paling teruk pernah jadi didalam hidupnya. Dia akur.
Perkahwinan itu indah, pada awalnya. Tapi tidak setelah kedua-dua mereka mengetahui identiti dan kaitan antara satu sama lain. Dunia mereka seperti punah, cinta yang mulai mekar dengan usaha dan keinginan untuk bahagia tadi terpaksa diletak belakang. Masa silam keluarga mereka dibongkar menyebabkan masing-masing mempunyai sebab kukuh untuk berpisah. Hati tidak mahu namun, itulah kehidupan, benda yang paling kita bencikan itulah yang sering kita dapatkan.
“Diantara banyak-banyak wanita dekat dunia ni, why is it have to be you..”- Tengku Raja Ilyas.
“Patutkah saya yang pergi atau abang yang tinggalkan saya..”- Tengku Puteri Fitriyani.