Untuk pengetahuan anda, disebabkan bumi berputar pada paksinya, ia menjadikan setiap kawasan mempunyai kehadiran waktu yang berbeza. Jadinya, anda akan melihat yang mana terdapat kawasan yang mengalami waktu siang dan ada kawasan yang lain sedang dihuni waktu malam.
Mengapa ia berlaku sedemikian? Jawapannya adalah disebabkan oleh pembahagian bumi yang mempunyai 24 bahagian. Pembahagian ini ditentukan oleh garis meridian sifar yang digunakan sebagai cara menetapkan zon masa.

Jumlah ukuran keseluruhan zon masa adalah 360 darjah sfera daratan dan untuk setiap zon masa, ia hadir dengan ukuran 15 darjah. Dan daripada situ, ia akan menunjukkan jumlah jam yang diperlukan bagi setiap bahagian untuk mengelilingi bumi.
Tahukah Anda Rusia Mempunyai 11 Zon Masa Yang Berbeza?
Rusia mempunyai 11 zon waktu yang merentasi wilayahnya yang luas. Dan zon masa yang paling dekat dengan Waktu Min Greenwich (GMT) adalah waktu Kaliningrad yang terletak di Wilayah Kaliningrad, pada GMT +2 jam. Manakala kedudukan zon masa paling jauh pula ialah waktu Kamchatka di bahagian timur pada GMT +12 jam.
Satu-satunya wilayah persekutuan yang berada di lebih daripada satu zon masa ialah Republik Sakha, yang dipisahkan kepada kawasan yang menggunakan zon masa Yakutsk, Vladivostok dan Magadan, dan Wilayah Sakhalin, yang berada di zon masa Vladivostok (Pulau Sakhalin) dan Magadan (Kepulauan Kuril).

Untuk pengetahuan anda, dengan satu per sembilan daripada jisim daratan dunia, Rusia terbentang dari Kaliningrad, yang bersebelahan dengan Poland. Dan ia mempunyai lebih daripada 5,500 batu ke hujung timur Chukotka, merentasi Selat Beringn (Bering Straits) dari Alaska. Malah, Rusia juga adalah hampir 2,700 batu merentasi empat zon waktu 48 negeri bersebelahan di Amerika Syarikat.
Oleh itu, apabila menara loceng Kremlin di Dataran Merah (Red Square) menunjukkan waktu 9 pagi tetapi di Moscow, waktu sudah menunjukkan jam pukul 6 petang yang mana ia merupakan bahagian paling jauh di Timur Rusia.
Sumber: Time Temperature , Greenwich Mean Time