Nantikan Kemunculan Semula Tutti Frutti Di Malaysia Dalam Masa Terdekat
Lina Rosli
Berdasarkan perkongsian dari Twitter, jenama yogurt yang pernah terkenal di Malaysia pada suatu ketika dahulu Tutti Frutti bakal hadir semula di pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Jenama ini dilihat mula melakukan carian pekerja dan krew untuk pengendalian kedai mereka.

Bagi yang tidak mengetahui, Tutti Frutti sebelum ini menawarkan hidangan aiskrim yang disajikan bersama variasi pilihan buah-buahan sebagai toppings. Pertama kali diperkenalkan pada tahun sekitar 2009, Tutti Frutti hadir dengan cawangan pertama mereka di Sunway Pyramid sebelum memperluaskan penawaran kepada 85 lokasi di seluruh Malaysia.
Walau bagaimanapun, disebabkan kos perluasan rangkaian yang tinggi, Tutti Frutti mengumumkan di laman Facebooknya bahawa kedai-kedai mereka di Malaysia telah ditutup secara kekal dan juga berperingkat.
Dan setelah beberapa tahun berlalu, pada tahun 2023 ini, jenama Tutti Frutti kini telah bersiap sedia dengan pelan perancangan serba baharu dan telah memilih lokasi Damansara Heights sebagai tapak pertama mereka untuk kemunculan semula di pasaran.
Sumber: Twitter @faizrazakdesign