Carian
McCafe Menawarkan 3 Minuman Baharu – Kopi Susu, Iced Kopi Susu & Iced Blended Kopi Susu
January 9, 2023 Lina Rosli

Sebelum ini, McDonald’s telah sedia menawarkan sajian kopi di dalam menu. Antara yang popular dalam kalangan penggemar termasuklah Iced Latte, Iced Mocha dan juga Hot Cappuccino.

Tetapi kali ini, ditawarkan untuk tempoh yang terhad, McCafe telah hadir dengan 3 pilihan minuman baharu memfokuskan kopi susu iaitu Kopi Susu panas, Iced Kopi Susu dan juga Iced Blended Kopi Susu.

Melaluinya, anda boleh merasakan kesegaran hidangan kopi kampung yang ditambahkan dengan kemanisan susu pekat sesuai dengan citarasa tempatan. Digabungkan pula dengan ais, minuman ini pastinya memberikan kesegaran maksima pada hari yang panas ataupun di saat anda menginginkan sesuatu yang menarik.

Bagi yang berminat, nikmati minuman Kopi Susu yang baru ini, kunjungi ke McCafe berdekatan anda dan dapatkannya pada harga bemula RM8.40 untuk menu Kopi Susu dan RM13.94 untuk menu Iced Blended Kopi Susu.

Cubalah sendiri dengan membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway hari ini!

Komen